• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SRT Jadi Pasukan Bebas MotoGP 2022!

SRT Jadi Pasukan Bebas MotoGP 2022!

August 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

946
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPANG Racing Team (SRT) akan menjadi pasukan independen dalam Kejuaraan Dunia MotoGP dan dijenamakan semula bermula musim depan. Litar Antarabangsa Sepang (SIC) juga akan dipisahkan daripada SRT.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif dalam sidang akhbar digital petang semalam, bagi menjelaskan situasi semasa SIC dan SRT, termasuk Petronas.

Kami sudah setuju untuk Datuk Razlan (Razali) membawa pasukan di MotoGP secara persendirian. Buat masas ini, SIC tiada pasukan baharu musim depan. Razlan akan menjenamakan semula pasukan itu (SRT),” katanya.

Beliau juga menjelaskan, proses penjenamaan itu masih di peringkat perbincangan dan belum ada keputusan muktamad membabitkan kedua-dua pihak. Ini kerana SIC bukan lagi sebahagian SRT bermula tahun depan.

BACA >>> PETRONAS sah tamatkan kerjsama dengan SRT dalam MotoGP

Kenapa Petronas Enggan Sambung Kontrak?

Menurut Azhan, kontrak Petronas dan SRT tamat tahun ini dan keputusan diambil selepas syarikat minyak itu membuat penilaian menyeluruh ke atas semua portfolio dan situasi semasa, termasuk krisis pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia.

Jelasnya, soal prestasi semasa dan kemelut SRT bukan faktor penentu kontrak tersebut tidak disambung, tetapi membabitkan banyak perkara lain. Kebanyakan firma mengalami penyusutan kewangan akibat krisis Covid-19.

Memang kami ada berbincang dengan Petronas sejak awal tahun ini hingga keputusan dibuat (berpisah dengan SRT). Petronas ada sebab tersendiri tidak mahu sambung semula kontrak. Semua syarikat ketika ini sedang menilai semua portfolio masing-masing. Kami harap mereka akan kembali melabur semula suatu hari kelak."

Siapa Cari Tajaan Baharu?

Mengenai usaha mencari penaja utama baharu untuk musim depan, SIC mengesahkan pihaknya TIDAK menyerahkan mana-mana proposal kepada entiti lain untuk mendapatkan penaja tetapi itu menjadi tugas prinsipal SRT, Razlan.

Razlan sedang berusaha dengan satu deal baru untuk sponsor masuk. Kita tunggu beliau umum perkembangan seterusnya,” katanya.

Mengenai aspek tajaan negara Asean lain, Azhan berkata, kebanyakannya medndapat ada tajaan Kerajaan dan pihak swasta.

Bagaimanapun, Malaysia ketinggalan jauh ke belakang dalam situasi itu kerana banyak bergantung harap pada kantung Petronas sejak sekian lama.

Selama ini, Petronas yang banyak beri sokongan dan saya harap lebih banyak syarikat walaupun kecil atau besar tampil untuk bantu soal tajaan. Kita ada ramai anak muda tempatan yang berbakat (dalam sukan permotoran)."

Menurutnya, tajaan tidak menetapkan syarat sesebuah syarikat perlu melabur jutaan ringgit, tetapi SIC terbuka untuk berbincang. Tajaan itu juga boleh dibuat untuk satu atau dua aksi sukan bermotor.

Sebagai langkah mendapat situasi menang-menang, SIC mengakui sedang bekerjasama dengan pihak kementerian  mendapatkan insentif pengecualian cukai untuk pihak penaja.

Pada minggu lalu, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang menjadi penaja utama SRT sejak 2018 memutuskan menamatkan kerjasama.

Apa Tugas SIC?

  • SIC akan beri fokus kepada Adam Norrodin dan Damok (Syarifuddin Azman) untuk menamatkan Kejuaraan CEV Repsol. 
  • SIC akan meneruskan kerja mencari dan mencungkil bakat dalam sukan permotoran, khususnya Kejohanan MiniGP dan CEV yang akan ke Kejuaraan Dunia.

BACA >>> Adam Norrodin Naik Podium, Damok Pamer Prestasi Terbaik di Portugal
BACA >>> Adam Norrodin Raih Podium di Estoril!

Related

946
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Azhan Shafriman Hanif, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), MotoGP Petronas, Petronas, Razlan Razali, SIC, SRT Petronas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev