• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lamborghini Tawar 112 Unit Countach LPI 800-4 Hibrid, Ada Lebih 30 Pilihan Warna

Lamborghini Tawar 112 Unit Countach LPI 800-4 Hibrid, Ada Lebih 30 Pilihan Warna

August 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

LAMBORGHINI sebenarnya ada menawarkan lebih 30 pilihan warna badan untuk model Countach baharu dan ini termasuk siri warna Heritage 1970-an. Antaranya ialah tona kuning pada model prototaip yang pernah muncul di Pameran Motor Geneva 1971.

Pengeluar supercar Itali itu dilaporkan ada menyediakan sekurang-kurangnya tiga warna kabin iaitu putih, merah hitam dan merah. Lamborghini sebenarnya mengehadkan pengeluaran Countach LPI 800-4 sebanyak 112 unit.

Countach baharu sebenarnya banyak mengaplikasikan warisan gaya klasik LP400 dan LP500 (konsep). Ini jelas jika diteliti pada bentuk lampu depan, bentuk bonet, design cermin depan, ventilator udara depan dan sisi kenderaan serta gril memanjang tirus.

Desain bekalang nampak lebih moden meskipun Lamborghini kekal dengan penggunaan empat muncung ekzos. Kereta itu ditambah peresap belakang dan dikemas kini bentuknya untuk mengurangkan kesan seretan angin. Ada spoiler dengan fungsi penyelasaran elektronik di tempatkan di belakang kereta.

Trenkuasa masih konfigurasi V12 tetapi jenis hibrid yang dikatakan mirip model Lamborghini Sian FKP 37, iaitu enjin aspirasi natural 6.5 liter menghasilkan kuasa hampir 825hp dan tork 720Nm. Ada unit motor elektrik 48v pasang pada kotak gear untuk menjana 34hp.

Motor elektrik itu menerima kuasa daripada supercapisitor yang boleh dicas lebih pantas menerusi sistem pembrekkan dan menyalur kuasa lebih pantas berbanding pek bateri standard.

Sistem pancuan semua roda digunakan membantu Countach memecut ke 100kmj dalam masa 2.8 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 355kmj. Harganya ialah AS$2.64 juta (RM11.2 juta).

SUMBER: Motor1 | CarScoops | AutoNews

Related

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Countach, Countach LPI 800-4, Lamborghini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my