LITAR Antarabangsa Sepang Sdn BHd (SIC) dan Petronas mengesahkan menamatkan perkongsian dalam menaja pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) yang akan berakhir pada saingan MotoGP 2021 penghujung musim ini.
Petronas menjadi raks kongsi rasmi kepada SIC sejak 2018 menerusi Petronas Sprinta Racing dalam saingan Moto2 dan Moto3. Projek itu kemudia diluaskan kepada MotoGP pada 2019 dengan menggunakan nama Petronas Yamaha SRT.
Susulan keputusan mengejutkan itu, pasukan itu dijangka membuat pengumuman berhubung pembabitan dalam MotoGP bagi musim 2022 dan ke atas sebagai entiti bebas.
BACA >>> Rossi Sah Bersara!
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafrima Hanif berkata;
SIC berterima kasih kepada Petronas atas sokongan berterusan sepanjang perkongsian ini dan perjalanan bersama yang luar biasa.
"Kami hormati keputusan Petronas dan saling bersetuju yang perkongsian ini sudah mencapai tujuan dan objektifnya. Kami seronok dengan pekrongsi cukup bermakna ini, dengan pencapaian hebat dan detik bermaknan dengan pasukan. Saya percaya ibnu bukan penamat kepada kolaborasi kami dalam sukan permotoran ketika kami menerruskan usaha memupuk bakaty-bakat sukan permotoran Mlayaisa
"SIC berbangga dapat terlibat dalam pembentukan dan pembangunan awal pasukan ini yang melepasi jangkaan dengan prestasi ditunjukkan, Kmia harapkan yang terbaik buat pasukan nuntuk fasa evolusi seterusnya di bawah entiti baharu."
Ketua Komunikasi Strategik Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata;
Kami memasuki perkongsian dengan SIC untuk menunjukkan keupayaan R&D dan kami bangga Solusi Teknologi Bendalir Petronas menjadi instrumen penting ke arah penubuhan status pasukan sebagai pencabar kejuaraan.
"Bersama, kami mewujudkan beberapa detik cemerlang dalam sukan, sebagai petunjuk kami sudah mencapai apa kami tetapkan untuk lakukan dan kami rasa inilah masa yang tepat untuk kami mengakhiri perkongsian ini. Bagi pihak Petronas, kami suka untuk menyatakan terima kasih kepada SIC atas komitmen mereka dalam memastikan kejayaan perkongsian ini."
BACA>>> Petronas Tarik Diri daripada Sepang Racing Team (SRT)?
BACA>>> Nak 'Cebok' Tak Ada Air, Lelaki Ini Minta Bantuan Kecemasan Guna Setel Petronas
BACA>>> Rea Terkejut Ada Cerita Dia dan Petronas Yamaha SRT
Leave a Reply