KTM 1290 Super Adventure R (2021) dilancarkan menyusuli 1290 Super Adventure S yang diperkenalkan beberapa minggu lalu.
Model baharu ini melengkapkan barisan model siri Super Adventure sebagai jentera yang dibangunkan untuk aktivi off-road.
Seperti model 'S', model 'R' ini mempunyai pusat graviti (centre of gravity, CoG) lebih rendah, casis dipertingkat, pekej elektronik baharu dan beberapa ciri moden lain.
BACA >>> Mungkinkah ini Rupa KTM RC390 (2022) Serba Baharu?
BACA >>> Oliveira Julang KTM Juara GP Sepanyol, Quartararo Kena Penalti Sebab Tayang Dada
Apa yang menarik mengenai 1290 Super Adventure R (2021):
- Dijana enjin V-Twin 1301cc diperbaharui. Komponen penyejukan cecair kini dibahagikan kepada dua bahagian dengan beberapa pembaharuan lain seperti penutup enjin dan piston baharu, salutan silinder dan ekzos baharu yang mengurangkan berat enjin sebanyak 1.6 kg.
- Kuasa enjin masih dikekalkan pada 158hp tetapi mungkin ditala lebih jinak.
- Jarak antara servis dilanjutkan kepada 15,000km.
- KTM mendakwa enjin baharu ini menjimatkan petrol pada kadar 4.74 liter per 100km.
- Bahagian belakang motosikal dipasangkan swingarm baharu lebih panjang supaya lebih stabil dalam halaju tinggi.
- Kepala stereng dianjak ke belakang 15mm untuk meningkatkan ketangkasan membelok.
- Rekabentuk motosikal diubah untuk mendapatkan ekstra kapasiti tangki petrol 23 liter di kedua sisi bawah enjin. Posisi tangki itu juga memberikan CoG lebih rendah untuk pengendalian lebih tangkas, terutama dalam halaju rendah ketika menunggang off-road.
- Anjakan posisi tangki petrol membolehkan KTM menghasilkan frem bawah pelana baharu yang leih rendah, 880mm, iaitu 10mm lebih rendah berbanding model lama.
- Sistem suspensi seperti fork depan dan monoshock belakang menggunakan unit WP EXLOR dengan jarak travel 220mm.
- Rim jejari (spoked) menggunakan material aluminium buatan ALPINA dan dibalut tayar jenis tiubles.
- Seperti model KTM lain, model baharu ini dilengkapi panel meter skrin TFT 7 inci baharu dengan ciri konektiviti Bluetooth yang noleh dihubungkan kepada telefon pintar.
- Ada juga mod enjin dan sistem kawalan traksi (TC) dengan tambahan opsyen Rally membabitkan ciri kawalan terotel dan sembilan tahap cengkaman roda belakang.
- Namun, model 'R' ini tidak dilengkapi ciri kawalan jelajah (cruise control) menggunakan radar seperti terdapat pada model 'S'.
- Ciri lain dibekalkan ialah ABS belokan, ABS Off-Road, dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
- Didatangkan dalam pilihan warna baharu seperti 990 Adventure terdahulu, iaitu campuran warna biru, jingga dan putih.
- Tangki petrol dilindungi frem keluli jingga yang menjadi imej signatur KTM sekian lama.
- Di Britain, model advencer ini dijual pada harga £15,999, (RM94,000). Harga di Malaysia pasti lebih mahal apabila ditambah kos lain seperti duti import, cukai jualan, AP import dan sebagainya.
BACA >>> KTM Malaysia Lancar 1290 Super Adventure S (2021), Harga Mula RM132k!
BACA >>> KTM 1290 Super Duke RR (2021) Edisi Terhad Habis Jual dalam Masa 48 Minit
SUMBER: KTM
Leave a Reply