• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda NSX Type S (2022) Lebih Berkuasa, Harga Mula RM717k!

Honda NSX Type S (2022) Lebih Berkuasa, Harga Mula RM717k!

August 13, 2021 By Shawkath Leave a Comment

521
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SELEPAS seminggu berkongsi foto acah, Honda (Acura) NSX Type S akhirnya dipertonton kepada umum di Minggu Kereta Monterey. Model itu adalah tanda ucapan selamat tinggal kepada peminat Honda NSX di seluruh dunia.

Hanya 350 unit akan dihasilkan dan daripada jumlah itu, Amerika Syarikat menerima peruntukan 300 unit kerana itulah pasaran sebenarnya model NSX. Berikut ialah perinciannya:

Acura NSX Type S 2022 - 23
Acura NSX Type S 2022 - 22
  • Tempahan NSX Type S sudah dibuka dengan harga serendah AS$169,500 (RM717,917). Jika memilih pakej Lightweight, harga ialah AS$182,500 (RM772,978).
  • Kereta sport hibrid itu menggunakan trenkuasa 3.5 liter V6 turbo berkembar dengan tiga unit motor elektrik, menghasilkan kuasa 600hp dan 667Nm. Jika dibandingkan NSX standard, ada tambahan kuasa 27hp dan tork 21.7Nm.
  • Naik taraf mekanikal trenkuasa membabitkan komponen turbo yang diambil dari kereta lumba NSX GT3 Evo, memberi tambahan 6 peratus tekanan boost. 
Acura NSX Type S 2022 - 4
Acura NSX Type S 2022 - 20
  • Selain itu, varian terakhir itu juga mendapat komponen intercooler dan injektor bahan api baharu.
  • Pek bateri juga menerima tambahan 20 peratus kapasiti dan memberi output 10 peratus lebih tinggi berbanding NSX standard. 
  • Nisbah gear untuk unit motor depan NSX Type S diturunkan sehingga 8.050:1 berbanding kadar 10.382:1 pada NSX standard.
Acura NSX Type S 2022 - 6
Acura NSX Type S 2022 - 2
  • Transmisi klac berkembar 9-kelajuan ditala semula sehingga menawarkan penukaran kemasukan gear 50 peratus lebih pantas. Penurunan gear pula lebih baik dengan tambahan ciri Rapid Downshift Mode.
  • Type S dipasang rim lima jejari desain baharu dan ada pilihan warna  Matte Shark Gray (kelabu) atau Gloss Berlina Black (hitam).
Acura NSX Type S 2022 - 14
Acura NSX Type S 2022 - 16
  • Rim baharu menambah jejak lebar  NSX Type S sebanyak 10.16mm (depan) dan 20.32mm (belakang) berbanding varian NSX standard. Tayar digunakan ialah Pirelli P-Zero.
  • Ada pakej Lightweight yang membabitkan penggunaan brek karbon seramik, penutup enjin gentian karbon dan kemasan karbon dalam kabin. Semua komponen itu mengurangkan berat sehingga 26.2kg.
Acura NSX Type S 2022 - 15
Acura NSX Type S 2022 - 17
Acura NSX Type S 2022 - 8
Acura NSX Type S 2022 - 0
  • NSX Type S menggunakan gril depan lebih besar untuk menambah baik proses penyejukan enjin.
  • Spoiler bawah bampar depan, sil tepi dan spoiler belakang diperbuat menggunakan gentian karbon. Diffuser belakang jenis karbon adalah sama seperti kereta lumba NSX GT3. Bumbung juga berasaskan material karbon.
  • Kabin Type S menerima balutan Alcantara pada bumbung. Ada logo Type S dalam kotak simpanan papan pemuka dan sulaman logo NSX pada perehat kepala.
  • Honda (Acura) akan menghasilkan 70 unit Type-S dengan warna eksklusif iaitu Gotham Gray (kelabu kusam).

BACA >>> Honda NSX Type-S Akan Jadi Edisi Akhir
BACA >>> Selamat Malam, Sayonara Kilang Honda Swindon...
BACA >>> Honda Bakal Lancar 6 Model Elektrik dalam 36 Bulan Selepas e dan Jazz

Acura NSX Type S 2022 - 23
Acura NSX Type S 2022 - 21
Acura NSX Type S 2022 - 7
Acura NSX Type S 2022 - 6
Acura NSX Type S 2022 - 11
Acura NSX Type S 2022 - 9
Acura NSX Type S 2022 - 22
Acura NSX Type S 2022 - 1
Acura NSX Type S 2022 - 18
Acura NSX Type S 2022 - 19
Acura NSX Type S 2022 - 20
Acura NSX Type S 2022 - 12
Acura NSX Type S 2022 - 13
Acura NSX Type S 2022 - 4
Acura NSX Type S 2022 - 0
Acura NSX Type S 2022 - 3

SUMBER: Motor1

Related

521
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Acura NSX Type S 2022, Honda NSX Type S 2022, Minggu Kereta Monterey, NSX Final Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev