• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Bantuan Brek: BMW Panggil Balik 50,024 Kenderaan Termasuk Toyota Supra

Masalah Bantuan Brek: BMW Panggil Balik 50,024 Kenderaan Termasuk Toyota Supra

August 12, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

JIKA mengikuti kisah cerita Toyota Supra generasi baharu, sudah tentu ramai tahu bahawa itu bukan suatu produk tulen buatan Toyota. Sebabnya, sportcar itu lebih berlatarbelakangkan BMW Z4 dan menggunakan komponen BMW.

Apabila timbul sesuatu masalah seperti perlu diadakan kempen panggil balik, jadi pihak yang bertanggungjawab membuat pengumuman itu ialah BMW. Itu tidak bermaksud Toyota lepas tangan sepenuhnya kerana ia turu melibatkan jenama mereka.

BMW Amerika Utara mengeluarkan satu notis panggilan balik pada 2 Ogos yang melibatkan lebih 50,000 unit kenderaan termasuk 13,014 unit Toyota Supra buatan bulan Februari 2019 hingga Jun 2021.

Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) di Amerika Syarikat  mendedahkan masalah itu membabitkan perisian pengurusan trenkuasa (engine management software) yang boleh menyebabkan hilang fungsi Bantuan Brek semasa kereta dihidupkan.

Maksudnya, pemandu tiada sebarang bantuan kuasa ketika mereka memijak pedal brek dan itu boleh mengakibatkan kereta yang dipandu lebih sukar berhenti.

Masalah yang menambah risiko jarak membrek boleh bawa kepada kemungkinan kemalangan terjadi. Bagaimanapun, gangguan itu membabitkan fungsi teknologi Bantuan Brek. Brek mekanikal dilaporkan tidak tertejas dan masih beroperasi. 

Masalah itu turut melibatkan beberapa model BMW.

Berikut ialah model, varian dan jumlah unit dipanggil balik di Amerika Utara:

  • Jumlah besar: 50,024 
    • Toyota Supra: 13,014 unit 
    • BMW M340i dan M340i xDrive: 10,877 unit
    • BMW X4 M40i: 4,130 unit 
    • BMW 745Le xDrive: 470 unit 
    • BMW  X3 M40i: 14,006 unit
    • BMW Z4 M40i: 2,151 unit  

Semua model terlibat dihasilkan antara tahun 2019 hingga 2021. Pemilik yang terjejas diminta bawa kenderaan masing-masing ke pihak pengedar untuk kerja-kerja baik naik taraf perisian dan ia adalah percuma.

BACA >>> Kajian: Toyota Paling Kerap Recall di UK
BACA >>> Segala Tentang 'Panggil Balik' (Recall) yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Recall Kereta yang Perlu Anda Tahu? Apakah Pula TSB?
BACA >>> Toyota GR Supra (2020) yang Lebih Berkuasa Kini di Malaysia, Harga RM590k

SUMBER: NHTSA |

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: BMW Recall Supra, Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), Toyota Supra Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my