Honda Dream 125 edisi Beyond Luxury dilancarkan secara rasmi di Kemboja pada yang didatangkan dalam tiga warna pilihan. Bagaimanapun harga tidak didedahkan.
Berita pelancaran itu turut tular di negara jirannya, Vietnam yang memiliki ramai kelompok pembeli fanatik dengan harga dijangka mencecah 150 juta dong (RM27,770) seunit.
BACA >>> Harga Honda Dream Ini RM17k Bukan Sebab Edisi Terhad, Tapi Nombor Plat Spesial
BACA >>> BSH Perkenal Honda EX-5 Aniversari ke-35 dengan Lencana dan Grafik Khas, Harga Mula RM5k
Berikut maklumat ringkas mengenai Dream 125 edisi Beyond Luxury:
- Tampil dengan dekal baharu, dan masih mengekalkan rekabentuk asal kapcai itu, terutama panel fairing.
- Menggunakan brek dram di depan dan belakang.
- Rim jejari bersaiz 17 inci dibalut tayar 60/100 di depan dan 70/100 (belakang).
- Ada empat warna pilihan: merah, hitam dan putih.
- Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 124.85cc OHC penyejukan udara dengan tranmisi klac basah multiplat 4-kelajuan.
- Ada lampu siang (DRL) LED, diletakkan atas signal belok.
- Berat 101kg, kapasiti tangki minyak 4 liter, tinggi pelana 745mm, jarak lega bumi 135mm
- Suspensi jenis fork teleskopik (depan) dan dwi-absorber (belakang).
BACA >>> Harga Honda Dream (EX-5) Versi Thailand Boleh Cecah RM75k di Vietnam
BACA >>> #BikinMotor: Sanggup Labur RM17k untuk Honda Dream Togel Edisi Khas Bikin Sendiri
Leave a Reply