• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Brazil Tawar Program Beli Kereta Guna Kacang Soya, Jagung

Toyota Brazil Tawar Program Beli Kereta Guna Kacang Soya, Jagung

August 11, 2021 By Shawkath Leave a Comment

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Brazil menyediakan satu skim pembelian kenderaan unik untuk golongan petani yang membolehkan mereka bawa pulang kereta idaman dengan bayaran bijirin sebagai transaksi.

Ada tiga model kenderaan boleh dibeli menggunakan hasil tuaian, iaitu trak pikap Hilux, kenderaan utiliti sukan (SUV), Corolla Cross dan SW4 (Fortuner).

BACA >>> Kenapa Jika Ramai Rakyat Brazil Guna Kereta Elektrik, Harga Gula Dunia Turun?
BACA >>> Hilux Hilux is the Way: Tunku Azizah Teruja Trak Pikap Toyota Selamat Redah Banjir

Toyota Brazil Bijirin Barter - 1
Toyota Brazil Bijirin Barter - 0

Buat masa ini, Toyota Brazil cuma menerima dua jenis bijirin, iaitu kacang soya dan jagung sebagai medium bayaran. Program dipanggil, Toyota Barter ini sudah wujud sejak 2019 lagi.

Brazil sebenarnya pengeluar kacang soya terbesar dunia dan cara itu dilihat kaedah baharu memiliki kenderaan ketika banyak institusi perbankan mula mengetatkan syarat pembiayaan kenderaan.

Pendekatan Toyota itu agak bijak kerana melihat senario semasa negara itu yang mengalami situasi peningkatan hasil tuai kacang soya dan jagung, dan kekurangan kemampuan kredit atau wang tunai dalam kalangan peladang.

Tanaman Kacang Soya - 0
Tanaman Kacang Soya - 1

Pengurus Jualan Langsung Toyota Brazil, José Luis Rincon berkata, hampir 16 peratus jualan kenderaan secara langsung Toyota ada kaitan dengan sektor pertanian.

Toyota Barter bermula sebagai program pilot pada 2019 dan menjadi saluran jualan pertama automobil di Brazil yang menerima bayaran dalam bentuk bijiran.

“Kami kini berpeluang menjadikan program ini rasmi untuk industri pertanian dan mengukuhkan pertumbuhan Toyota dengan memberi sokongan kepada salah satu sektor ekonomi utama negara.”

Toyota menggunakan khidmat pihak ketiga, iaitu NovaAgri untuk memastikan sistem tukaran bijirin-kenderaan itu membabitkan tanaman secara sah dan mampan. Pertukaran itu tidak melibatkan wang tunai berpindah tangan.

Apa yang menarik, program sistem barter itu tidak menetapkan syarat kenderaan dibeli itu mesti digunakan bagi tujuan perniagaan sahaja, tetapi juga boleh untuk kegunaan peribadi.

BACA >>> Yamaha Fazer 250 (2022) Lancar di Brazil dengan Enjin Mesra Petrol, Etanol
BACA >>> Kuasai 75 Peratus Jualan, Volvo Mahu Fokus Bikin SUV
BACA >>> Volkswagen Taigo - SUV Gaya Coupe Kini di Eropah

SUMBER: Jalopnik

Related

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Global, Auto Terkini, NovaAgri, Roda4, Sistem Barter Toyota, Toyota Brazil, Toyota dan Pertanian, Toyota Hilux

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev