• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cubaan Kedua Berenang Rentas Selat Pulau Pinang Gagal Lagi, Kali Ini Mahu ke Mekah

Cubaan Kedua Berenang Rentas Selat Pulau Pinang Gagal Lagi, Kali Ini Mahu ke Mekah

August 3, 2021 By Shawkath Leave a Comment

396
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini, dia pernah memberi alasan mahu renang merentas laut untuk bertemu kawan. Kali ini, dia mahu berenang pula ke destinasi lebih jauh, ke Tanah Suci Mekah.

Dalam kes pertama yang tular bulan lalu, lelaki itu cuba berenang dari Tanjung City Marina, George Town ke Seberang Perai tetapi gagal dan berjaya diselamatkan petugas Penang Port Sdn Bhd.

Percubaan kedua pula terbantut selepas diselamatkan Pasukan Polis Marin Wilayah Wilayah 1 Batu Uban, petang semalam. Khabarnya, orang awam melihat aksi itu dan menghubungi polis pada jam 4.55 petang.

Polis mengesahkan individu berumur 28 tahun itu adalah orang sama yang cuba merentas laut dengan berenang pada 12 Julai lalu.

BACA >>> Nak Rentas Daerah Punya Pasal, Lelaki Ini Nekad Berenang, Tapi...

Lelaki berenang rentas laut Pulau Pinang - 1
Lelaki berenang rentas laut Pulau Pinang - 4

Polis kemudian membawa perenang misteri itu ke hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan penilaian tahap kesihatan mentalnya.

Ujian saringan awal air kencing didapati negatif dan lelaki itu ditempatkan di wad Psikiatrik Jalan Perak, George Town untuk rawatan lanjut.

SUMBER: Awani | Mamu Jarum

Related

396
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Berenang rentas laut, Berenang rentas Pulau Pinang, Cuba Rentas Daerah Melalui Laut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev