• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selamat Malam, Sayonara Kilang Honda Swindon...

Selamat Malam, Sayonara Kilang Honda Swindon...

July 30, 2021 By Shawkath Leave a Comment

13.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS hampir 36 tahun beroperasi, kilang Honda di Swindon, Britain akhirnya menamatkan semua aktiviti hari ini. Fasiliti itu sebenarnya ada mengeluarkan model hangat Civic Type-R generasi semasa.

Langkah menamatkan operasi kilang legenda itu dan satu lagi kilang di Turki sudah diumumkan seawal 2019. Ini bukan kes tiba-tiba tutup kilang ikut suka atau ada kaitan krisis Brexit (Britain berpisah dengan Kesatuan Eropah, EU).

Honda sebenarnya terpaksa mengambil keputusan menutup kilang itu sebagai respons hala tuju syarikat ke arah era elektrifikasi dan pembuatan model-model elektrik.

Banyak negara di Barat sudah menyatakan pendirian dan tempoh akhir untuk mengharamkan jualan kenderaan baharu berasaskan trenkuasa petrol dan diesel. Ini termasuk Britain yang akan menguat kuasa perintah itu bermula 2030.

Kilang Honda Swindon pernah menjadi hab pembuatan terbesar serantau dengan pengeluaran 150,00o unit kenderaan setahun. Antara model dikeluarkan ialah Civic, CR-V dan Civic Type R.

BACA >>> Honda NSX Type R (1993) RM1.2 Juta Ini Pernah Dibeli Orang Malaysia Pada 2016
BACA >>> #BikinKereta: Integra DC2 Type R vs Civic EK9 Type R

Honda Swindon Type R pandulaju -2
Honda Swindon Type R pandulaju -1

Kilang itu mula membina Civic Type R pada 2001 iaitu generasi kedua (EP3) Civic Type R. Memang benar, model EP3 spesifikasi Jepun juga dihasilkan di kilang Honda Swindon dan dieksport ke Jepun.

Selepas itu, fasiliti sama meneruskan kerja pembinaan FN2 Civic Type R (FD2 ialah model Jepun) dan model generasi terdahulu, iaitu FK2 dan generasi semasa, FK8.

BACA >>> Honda Civic EP3 Type R - Ini Baru Betul-Betul Rare!

Susulan penutupan kilang Honda Swindon, timbul satu soalan, di manakah lokasi terbaharu Honda mahu membina Civic Type R? Ada mendakwa Amerika Syarikat ialah lokasi akan datang dan apa pula memandang terus ke Jepun.

Apapun keputusan Honda, kami mengucapkan selamat malam dan terima kasih kepada semua petugas di kilang Honda Swindon kerana membantu proses pembinaan hot-hatch terhebat selama puluhan tahun itu.

BACA >>> Honda Civic Type R Mugen dengan Bonet, Spoiler Karbon Harga RM99k
BACA >>> Honda Civic Type R Sah Jadi Kereta Pengiring YDP Agong

SUMBER: Honda UK | AutoIndustriya

Related

13.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: FN2 Civic Type R, Honda Civic Type R EP3, Honda Civic Type R FK2, Honda Civic Type R FK8, Honda Swindon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev