TIDAK dinafikan, pengenalan Honda CBR250RR di pasaran Indonesia pada Julai lalu berjaya mencetuskan fenomena luar biasa.
Bukan saja di Indonesia, peminat jentera dua roda Honda di negara-negara lain turut ternanti-nanti ketibaannya. Ini kerana Indonesia adalah satu-satunya negara yang melancarkan debut antarabangsa Honda CBR250RR.
Semasa pelancaran Honda CBR250RR baru-baru ini, pihak PT Astra Honda Motor (AHM) selaku pengedar rasmi jenama Honda Indonesia tidak mendedahkan spesifikasi enjin.
Lebih mengejutkan, Honda CBR250RR menerima sambutan memberangsangkan biarpun spesifikasi enjin belum didedahkan.
Kini setelah hampir tiga bulan diperkenalkan secara rasmi di Indonesia, segala terjawab.
ENJIN
- Honda CBR250RR - 249.7cc penyejukan cecair 4-injap DOHC
- Kuasa Max; 36.3hp pada 12,500rpm
- Tork Max; 22.5Nm pada 10,500rpm
KELAJUAN MAKSIMUM
- 170kmj
TRANSMISI
- Manual 6-kelajuan
HARGA (Anggaran)
- Honda CBR250RR 2017 ABS – Rp70 juta (RM21,689.90)
- Honda CBR250RR 2017 non-ABS – Rp65 juta (RM20,140.62)
3 WARNA PILIHAN
- Honda Racing Red
- Anchor Graymetallic
- Mat Gunpowder Black Metallic
PESAING
Yamaha YZF-R25
- Kuasa Max; 35.5hp pada 12,000rpm
- Tork Max; 22.6Nm pada 10,000rpm
PAMERAN DI MOTOGP SEPANG
Bagi anda yang mahu dengan lebih dekat lagi. Boon Siew Honda bakal mempamerkan Honda CBR250RR sepanjang berlangsungnya perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.
Unit yang dibawa masuk khas dari Indonesia itu bakal dipamerkan bermula 28 hingga 30 Oktober ini. Bagaimanapun buat masa ini, Boon Siew tidak bercadang untuk memperkenalkan Honda CBR250RR ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat.
Menurut sumber dipercayai, pihak Boon Siew Honda sudahpun menghantar permohonan kebenaran daripada Honda Jepun untuk membenarkan Honda CBR250RR masuk ke pasaran Malaysia.
Tambah sumber itu lagi, kemungkinan besar harga jualan akan menjadi lebih mahal di Malaysia berbanding pasaran Indonesia memandangkan kadar cukai yang dikenakan agak tinggi.
Paling penting, pastikan anda tidak lepaskan peluang ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi hujung bulan ini. Tim PanduLaju akan sampaikan kepada anda semua sebaik menerima maklumat tambahan berkaitan jentera ini.
Mohamad izzat hilmi says
I really want this bike plzzzzzz