• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penghantar Makanan Grab Food, Foodpanda Kini Ada Caruman Perkeso

Penghantar Makanan Grab Food, Foodpanda Kini Ada Caruman Perkeso

July 29, 2021 By Aryon Leave a Comment

752
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Lebih 145,000 penghantar barangan dan makanan Grab Malaysia dan Foodpanda, sama ada menggunakan motosikal, basikal dan pejalan kaki kini dilindungi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan manfaat bantuan pembiayaan penuh caruman sebanyak RM232.80 setahun.

Perkeso dalam kenyatan bersama Grab Malaysia dan Foodpanda berkata, kedua-dua platform penyedia perkhidmatan terkemuka itu sudah mendaftarkan hampir semua rakan penghantar mereka di bawah program SPS Lindung.

BACA >>> PM: Kerajaan Sedang Kaji Undang-Undang Elak Majikan Tindas Pekerja Ekonomi Gig

Menurut kenyataan bersama dikeluarkan 16 Julai lalu;

Kerjasama strategik antara Perkeso dan platform penyedia perkhidmatan ini merupakan satu lagi pendekatan proaktif dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS) termasuk rakan penghantar.

“Kerajaan melalui SPS Lindung menyediakan bantuan berbentuk pembiayaan penuh caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pelan 2 iaitu sebanyak RM232.80 untuk tempoh perlindungan selama setahun.

“Selaku peneraju dalam kalangan 133 platform penyedia perkhidmatan di Malaysia, Grab Malaysia dan Foodpanda merupakan dua platform pertama yang tampil menyahut seruan tersebut dan hasilnya, rakan penghantar mereka kini dilindungi Skim Bencana Pekerjaan di bawah SKSPS."

Program SPS Lindung diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November tahun lalu sebagai pakej perlindungan Perkeso kepada mereka yang bekerja sendiri.

Program itu juga penambahbaikan kepada program PenjanaGig yang diperkenalkan sejak 15 Jun 2020 dengan beberapa manfaat perlindungan keselamatan sosial.

Antaranya faedah perubatan, hilang upaya sementara dan kekal, orang tanggungan, pengurusan mayat, elaun layanan sentiasa, faedah pinjaman pendidikan dan kemudahan pemulihan jasmani dan serta vokasional.

Berdasarkan tinjauan kami, bagi rider FoodPanda, mereka ditwarkan dua opsyen caruman, iaitu bulanan dan setahun dengan bayaran serendah RM 13.10 sebulan dan RM157.20 setahun untuk mendapat semua manfaat ditawarkan Perkeso.

BACA >>> Penganggur Bengang Isteri Kena Marah, Tukul Hinggap Kepala Rider Foodpanda
BACA >>> Polis Buru Pemandu Langgar Lari Penunggang GrabFood
BACA >>> Covid-19: Rider FoodPanda PJ Beri Makanan kepada Barisan Depan Negara

foodpanda-x-perkeso-1
foodpanda-x-perkeso-2
foodpanda-x-perkeso-3
foodpanda-x-perkeso-4

SUMBER: SinarHarian |FoodPanda

Related

752
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Foodpanda, Grab Food, Penghantar Makanan, Perkeso, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), SPS Lindung

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev