• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Projek Motosikal Mini Elektrik Honda Guna Kamera Sebagai Pengganti Cermin Sisi

Projek Motosikal Mini Elektrik Honda Guna Kamera Sebagai Pengganti Cermin Sisi

July 28, 2021 By Shawkath Leave a Comment

245
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA dipercayai sedang membangunkan satu projek baharu iaitu motosikal mini elektrik yang mungkin jadi pengganti model MSX 125 (atau Honda Grom) di negara yang mengharamkan penggunaan minyak petrol.

Berdasarkan foto dokumen paten, lakaran menunjukkan model itu bukan versi MSX 125 elektrik tetapi satu model mesra alam baharu yang dimulakan dari sekeping kertas kosong.

Model elektrik itu memiliki desain tersendiri dan beberapa solusi teknikal. Menurut laporan, Honda sudah memfailkan paten itu di Jepun.

Motosikal elektrik itu hadir dengan pek bateri yang diposisikan di bahagian tengah dan dilindungi frem monokok. Satu unit motor elektrik dipasang di belakang kedudukan bateri.

Rekabentuk motosikal itu memberi bayangan bahawa ia mungkin model dengan ciri bateri boleh tukar (swap battery). Honda sebenarnya sedang menguji konsep tukar bateri pada model skuter PCX elektrik.

Sistem suspensi motosikal elektrik itu agak unik kerana tidak menggunakan fork konvensional tetapi jenis Hossack seperti diguna pakai Honda Gold Wing. Di belakang, sistem monoshock menjadi pilihan jurutera.

Honda Mini Elektrik - 1
Honda Mini Elektrik - 5

Instrumen meter pula nampak seperti skrin digital dan apa yang menarik ialah kedua-dua gad tangan yang dipasang pada hujung bar hendal dilengkapi skrin kecil.

Skrin kecil itu dipercayai dihubungkan pada sistem kamera untuk memberi paparan trafik di belakang atau di sekeliling motosikal. Ini bermaksud kamera sudah mula menggantikan pengunaan cermin sisi konvensional.

Honda Mini Elektrik - 3
Honda Mini Elektrik - 2

Teknologi kamera ganti cermin sisi itu bukan suatu yang baharu untuk Honda kerana firma Jepun itu ada memperkenalkan pendekatan itu pada kereta Honda e.

BACA >>> #TahukahAnda: 9 Ciri Menarik Honda e yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> Motosikal Elektrik Honda Masa Depan Akan Pasang Dron
BACA >>> eCub - Motosikal Elektrik Kustom Berasaskan Kapcai Honda Cub dan Super Cub
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?
BACA >>> Mesin Rumput Honda HF2417 (2020), Harga RM34k! Ada yang Berminat?

SUMBER: Motociclismo

Related

245
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cermin sisi kamera Honda, Honda PCX elektrik, Skuter Elektrik Honda, Suspensi Honda Gold Wing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev