• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Helikopter Rentas Negeri Ada Surat Kebenaran, Tapi Bukan untuk Ambil Nasi Ganja

Helikopter Rentas Negeri Ada Surat Kebenaran, Tapi Bukan untuk Ambil Nasi Ganja

July 26, 2021 By Shawkath Leave a Comment

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ISU helikopter merah yang mendarat di Padang Ipoh (Ipoh, Perak) untuk mengambil kiriman 36 bungkus nasi ganja pada Jumaat lalu disahkan memiliki surat kebenaran merentas negeri.

Bagaimanapun, portal Harian Metro memetik kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, surat itu dikeluarkan Polis Selangor atas tujuan penyelenggaraan pesawat, bukan beli makanan.

Seramai tiga individu sudah dirakam percakapan mereka, termasuk seorang berpangkat Datuk berhubung insiden membabitkan helikopter jenis Bell 505 itu.

BACA >>> Naik Helikopter dari KL ke Ipoh untuk Ambil 36 Bungkus Nasi Ganja

nasi-ganja-ipoh-2
nasi-ganja-ipoh

Selain Datuk berkenaan, pegawai dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) juga antara lima individu dipanggil untuk diambil keterangan. Polis sedang menyiasat kes itu di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 Akta 342.

Terdahulu, Mior Faridalathrash mengesahkan helikopter itu cuma ada kebenaran mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh dan BUKAN di Padang Ipoh.

Helikopter itu dikatakan mendarat untuk mengambil 36 bungkus nasi ganja itu berisi lauk ayam, daging dan telur masin ditempah pelanggan di ibu kota Kuala Lumpur, dan setiap bungkus berharga RM10.

BACA >>> Lebih 4,000 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Balik Raya Haji, Tapi Kena Patah Balik
BACA >>> Kempen #BenderaPutih: Rakyat Malaysia Lancar Inisiatif Bantu Golongan Terkesan Covid-19

SUMBER: HarianMetro

Related

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bell 505, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, Helikopter Bell 505, Helikopter Nasi Ganja, Polis Perak, Polis Selangor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev