• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Japan Lancar GSX-R1000R (2021) Warna Baharu, Harga Mula RM82k!

Suzuki Japan Lancar GSX-R1000R (2021) Warna Baharu, Harga Mula RM82k!

July 26, 2021 By Shawkath Leave a Comment

778
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SUZUKI Japan mengumumkan tawaran model sportbike GSX-R1000R edisi 2021 dengan dua pilihan warna baharu ke pasaran tempatan pada 30 Julai ini, harganya ialah 2,156,000 yen (RM82,660)

Warna baharu bagi model 2021 ialah Glass Matte Mechanical Gray (kelabu) selain pilihan warna tahun lalu iaitu Matte Black Metallic (hitam kusam) dan Triton Blue Metallic / Mystic Silver Metallic (biru perak). Berikut ialah perinciannya:

Suzuki GSX R1000R Japan 2021 -1
Suzuki GSX R1000R Japan 2021 -3
Suzuki GSX R1000R Japan 2021 -5
suzuki-logo
  • Trenkuasa 4-silinder sebaris DOHC 999cc 4-lejang 16-injap VVT dengan teknologi pancitan bahan api, menghasilkan 194hp @ 13,200rpm dan tork 117Nm @ 10,800rpm. Transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.
  • Menggunakan frem twin spar aluminium kualiti tinggi. Subbingkai dan swingarm juga diperbuat dari aluminium. 
  • Tangki minyak dibentuk lebih rendah dan lebih tirus pada bahagian belakang bertujuan membantu penunggang tunduk dan menganjak ke belakang dengan lebih mudah.
  • Lampu utama kompak LED yang disusun secara vertikal (lampu tinggi dan lampu rendah), ada lampu DRL LED ditempatkan di atas lubang angin SRAD, lampu signal membelok LED dan brek LED.

  • Instrumen meter digital jenis LCD dengan paparan latar hitam dan kadar kecerahan boleh diubah enam peringkat. Paparan maklumat termasuk spidometer, takometer, odometer, trip meter, kedudukan gear, lap masa, mod kawalan traksi, paras bahan api, suhu luar dan banyak lagi.
  • Satu set lengkap lampu amaran termasuk signal membelok, kawalan traksi, sistem ABS dan beberapa lampu lain diposisikan di kiri dan kanan meter instrumen.
  • Sistem suspensi membabitkan jenama Showa iaitu fork depan terbalik jenis BFF dan penyerap hentak tunggal BFRC. 
  • Sistem henti jenis cakera berkembar keluli tahan karat 320mm dan kaliper monoblok Brembo 4-piston (depan) serta cakera tunggal 220mm piston tunggal untuk bahagian belakang. Ada tambahan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BACA >>> Suzuki GSX-S950 (2021) Lancar di Eropah, Khas untuk Penunggang Novis
BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Cara Selamat Tunggang Motor Atas Permukaan Jalan Licin
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Mudah Atasi Masalah Grip Hendal Motosikal Longgar
BACA >>> Suzuki Hayabusa (2022) Lancar di Filipina, Harga RM92.9k!
BACA >>> Suzuki Raider R150 (2021) Filipina Kini Ada Ciri Lampu Automatik

SUMBER: Young-Machine | Suzuki Japan

Related

778
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 000cc, 1, roda2, Suzuki GSX-R1000R (2021), Suzuki Japan Sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev