SEMUA unit model trek edisi terhad KTM RC 8C (2022) habis dijual dalam masa 4 minit 32 saat selepas jualan dibuka secara atas talian di peringkat global.
Rekod jualan itu menunjukkan ramai peminat termasuk pasukan lumba sudah sedia menunggu peluang membeli model itu selepas pengumuman mengenainya dibuat sebelum ini.
KTM RC 8C ditawarkan pada berharga £30,999 (RM178,394) seunit dan dilabel sebagai produk hasil gabungan kepakaran KTM dan Kramer.
Pembuatnya Kramer terdiri daripada beberapa bekas jurutera KTM terlibat dalam penghasilan model kegunaan trek dalam kuantiti kecil.
Motosikal itu menggunakan trenkuasa dwi-silinder selari LC8c sama seperti model 890 Duke R tetapi dengan talaan baharu. Ia mampu menghasilkan kuasa 128hp.
Trenkuasa dipasang kotak angin rekaan baharu dan set ekzos Akrapovic selain menerima sentuhan pemetaan enjin baharu.
BACA >>> KTM RC 8C - Model Trek Edisi Terhad, Harga Mula RM178k!
BACA >>> KTM Mahu Jual Motosikal Kelas Moto2 Edisi Terhad, Ada 100 Unit
BACA >>> Yamaha Powa D10 (1988) - Sportbike Futuristik Edisi Terhad yang Lelong Tak Laku
BACA >>> Honda ADV 350 Bakal Tiba, Thailand Jadi Hab Pengeluaran?
SUMBER: CarAndBike
Leave a Reply