SEBUAH helikopter merah dirakam mendarat di Padang Ipoh di Ipoh, Perak untuk mengambil pesanan makanan berupa 36 bungkus 'nasi ganja' dari sebuah restoran popular di bandar raya itu.
Berdasarkan laporan, helikopter dipercayai milik firma swasta itu dinaiki dua individu lelaki dari Kuala Lumpur yang mendarat pada jam 9.55 pagi.
Khabarnya, 36 bungkus nasi ganja itu berisi lauk ayam, daging dan telur masin ditempah pelanggan di ibu kota Kuala Lumpur, dan setiap bungkus berharga RM10.
Memetik laporan Sinar Harian, salah seorang jurucakap restoran itu mendakwa ini kali pertama tempahan diambil menggunakan helikopter.
Beberapa media turut melaporkan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, helikopter itu hanya ada kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh. Semakan itu dibuat bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh.
Bagaimanapun, helikopter itu dikesan membuat pendaratan di Padang Ipoh antara jam 9.55 pagi hingga 10.15 pagi tadi.
Helikopter tersebut tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh. Kita sudah salurkan info ini kepada pihak CAAM Ipoh.”
BACA >>> Rentas Negeri dari Kedah ke Pulau Pinang untuk Tangkap Biawak
BACA >>> Nak Rentas Daerah Punya Pasal, Lelaki Ini Nekad Berenang, Tapi...
BACA >>> Helikopter Kawasaki K-RACER Guna Enjin Supercas Ninja H2R
SUMBER: AstroAwani
Leave a Reply