• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pembeli Land Cruiser 300 (2022) Tidak Boleh Jual Semula dalam Masa Setahun

Pembeli Land Cruiser 300 (2022) Tidak Boleh Jual Semula dalam Masa Setahun

July 23, 2021 By Shawkath Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TOYOTA Land Cruiser 300 baharu mendapat sambutan luar biasa di Jepun hingga mula menimbulkan kebimbangan kepada pengeluar kenderaan utiliti sukan (SUV) itu. Ini kerana sudah lebih 22,000 unit pra tempahan Siri 300 baharu itu diterima.

Ada laporan mendakwa prngeluar Jepun itu bimbang mengenai kemungkinan pembeli SUV mewah itu menjual semula kereta mereka, dikhuatiri kepada pihak penjahat.

Menurut portal Creative311, Toyota Japan kini menyediakan perjanjian yang harus ditandatangani dengan menyatakan secara jelas Land Cruiser baru dibeli mereka tidak boleh dijual semula.

Tiada sekatan masa dikenakan, tetapi kontrak bertulis itu menurut maklumat tidak rasmi, dipercayai berkuat kuasa selama setahun selepas ditandatangani.

BACA >>> Toyota Land Cruiser (2022 ) Perkenal Ciri Pengimbas Cap Jari, Elak Kes Curi

Faktor yang membawa kepada sekatan jualan semula itu didakwa sebagai usaha menghalang unit baharu Land Cruiser berpindah ke tangan pihak yang berisiko memberikan imej buruk kepada Toyota.

Toyota dikhabarkan berdepan beberapa isu selepas kenderaan mereka menjadi pilihan kumpulan pengganas yang bertempur dengan pasukan keselamatan di Timur Tengah.

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat sebelum ini pernah mempertikaikan Toyota mengenai isu begitu banyak kenderaan jenama itu berada di tangan pengganas atau militan’.

2022-Toyota-Land-Cruiser-05-BM-1200x674
2022-Toyota-Land-Cruiser-06-BM-1200x674

Ada laporan lain mengetengahkan teori sebab sebenar syarat pemilikan itu adalah menghalang individu menjual pada harga lebih tinggi.

Kontrak mencegah ‘ancaman keselamatan negara’ itu tidak disyaratkan untuk bakal pembeli model Toyota lain seperti Hilux.

BACA >>> Nak Pilih SUV atau 4WD? Apa yang Beza?

2022-Toyota-Land-Cruiser-11-BM-1200x674
2022-Toyota-Land-Cruiser-16-BM-1200x674

Creative311 juga melaporkan Toyota juga menutup sementara pratempahan untuk memastikan permintaan tidak melebihi penawaran.

Laporan sama juga mendedahkan strategi Toyota menjejak aktiviti individu atau kumpulan yang membuat pembelian berganda daripada pelbagai pengedar dengan membuat semakan rekod dari setiap wilayah.

Jika ada pembeli disyaki bertindak dalam ‘cara tidak sepatutnya’, Toyota akan mengambil tindakan ke atas pengedar yang menjual Land Cruiser berkenaan selain menghalang sebarang traksaksi masa depan dengan pembeli tersebut.

BACA >>> Toyota Land Cruiser 300 Series (2022) Lancar, Guna Platform Baharu, Enjin V6
BACA >>> Lexus LX570 Paling Banyak Jadi Buruan Pencuri Kereta Jepun Sepanjang 2020
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Bau Kereta Baharu yang Perlu Anda Tahu, Bukan Aromaterapi!
BACA >>> Kajian: Tayar Baharu UK Kini Wajib Ada Label Rating, Ramai Pengguna Tidak Tahu

SUMBER: CarScoops

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: kenderaan pacuan empat roda, Kenderaan Pengganas, Toyota Land Cruiser 300, Toyota Land Cruiser 300 (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev