KENYATAAN berhubung penjualan kenderaan terpakai tidak terjejas akibat pandemik Covid-19 nampaknya perlu dinilai semula kerana ada risiko yang boleh mengheret lebih banyak bisnes ke kancah muflis.
Penilaian semula perlu mengambil kira prestasi jualan pada bulan Mei dan Jun tahun ini selepas meneliti statistik jualan Januari hingga Mei 2021. Ini disebabkan beberapa faktor berbeza iaitu:
- Kerajaan mengenakan kawalan lebih ketat berbanding lima bulan pertama tahun ini.
- Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan ada pengusaha kenderaan terpakai terjejas teruk sehingga terpaksa tutup kedai sepanjang dua bulan lalu.
Presiden MAA Datuk Aishah Ahmad berkata:
(Bekalan) Kereta terpakai sebenarnya datang daripada pembeli kenderaan baharu yang sebenarnya menjual kereta sedia ada.”
Bagi penulis, keadaan bertukar lebih buruk apabila premis dan pengedar kenderaan baharu tidak dibenarkan menjalankan operasi atau perniagaan di bawah sekatan Fasa menerusi Pelan Pemulihan Negara.
Apabila kereta baharu gagal dijual, bekalan kereta terpakai pun berkurangan dan pengusaha kenderaan terpakai cuma ada stok lama yang mungkin tidak digemari bakal pembeli.
BACA >>> Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Tanya 10 Soalan Ini
Lebih buruk lagi, kilang automotif dikatakan ada limpahan stok unit baharu, tetapi tidak boleh mengirim bekalan kepada pihak pengedar negeri.
Kalau dapat dikirimkan pun, pusat jualan masih tidak dibenarkan beroperasi. Baca pautan ini >>> Lebih banyak pengedar automotif bakal gulung tikar
Jika senario berterusan, apa yang didedahkan MAA dengan luahan beberapa pengusaha premis, keadaan ini akan jadi lebih teruk dan kesan buruk terhadap industri automotif Malaysia.
BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Buat 6 Tip Pandu Uji Ini
BACA >>> #ApaNakBuat: Lakukan 9 Tip Ini Jika Kereta Tenggelam Banjir
BACA >>> MB Kedah Sudah Bayar Kompaun RM1,500 Langgar SOP
Leave a Reply