• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Profesor MTE: Tutup Kilang Burukkan Ekonomi

Profesor MTE: Tutup Kilang Burukkan Ekonomi

July 19, 2021 By Han Othman 1 Comment

220
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI kenyataan mengenai kenapa sektor kilang tidak ditutup sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, penutupan penuh sektor perkilangan yang menyumbang jumlah eksport lebih RM1 trilion setiap tahun akan memberi kesan buruk ke atas ekonomi negara.

Sebaliknya tindakan bersasar dan penguatkuasaan lebih ketat perlu dilaksanakan ke atas kilang yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mencatatkan peningkatan kes Covid-19.

Beliau berkata;

Apabila kita bercakap tentang kluster, kita sering merujuk kepada perkilangan, pembinaan, peruncitan dan beberapa kategori lagi. Sebenarnya dalam konteks kluster, sekitar 15 ke 20 peratus sahaja (daripada keseluruhan kes).

“Namun untuk terjemahkan bahawa semua kilang kena tutup, itu tidak betul. Tidak semua kilang berhadapan kes yang melonjak.”

Noor Azlan berkata, kilang-kilang di negara ini memainkan peranan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi yang penting kerana sebahagian besarnya berada dalam jaringan pembekalan antarabangsa dan penutupan tanpa sebab akan menjejaskan pengeluaran syarikat gergasi yang pembekalnya beroperasi di Malaysia.

PAKEJ 530 BILION

Beliau juga berkata tujuh pakej rangsangan ekonomi kerajaan bernilai kira-kira RM530 bilion dengan sekitar RM83 bilion suntikan langsung seperti bantuan Program Subsidi Upah (PSU) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh merangsang pertumbuhan ekonomi selain membantu kelangsungan hidup rakyat.

Noor Azlan berkata jumlah suntikan langsung itu menyamai dua tahun perbelanjaan pembangunan kerajaan dan jumlah besar tersebut memberi kesan sehingga tiga kali ganda (kesan pengganda) kepada ekonomi negara.

Bayangkan kalau saya daripada keluarga penerima BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) dan saya berbelanja, bererti pusingan yang pertama mungkin kedai runcit tempat saya belanja dapat manfaat. Kedai runcit itu pula, dia berbelanja dengan beli barang untuk stok kedai yang akan jadi pusingan kedua dan begitulah seterusnya,” katanya.

Beliau berkata semua pakej rangsangan ekonomi yang dilancarkan Kerajaan mengambil kira komponen kesihatan, rakyat dan perniagaan dengan penumpuan khusus kepada kumpulan rentan.

Mengulas kewajaran individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 diberikan keistimewaan seperti kebenaran untuk keluar bekerja, Noor Azlan berkata perkara itu wajar dipertimbang berdasarkan beberapa faktor bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara.

“Kita perlu ingat apabila mereka bergerak, mereka berbelanja,” katanya.

SUMBER: Bernama

Related

220
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kawalan Pergerakan dan Pelan Pemulihan Negara (PPN), Kluster Kilang, Majlis Tindakan Ekonomi (MTE)

Comments

  1. Media Klik says

    July 19, 2021 at 5:23 PM

    Ada kalanya kita kena berdamai dengan takdir. Hidup berbagi bersama virus baru yang dicipta tangan manusia itu sendiri

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev