• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Cuba Pujuk Rea Sertai Petronas SRT?

Yamaha Cuba Pujuk Rea Sertai Petronas SRT?

July 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

799
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ADA laporan menyatakan pasukan Yamaha dalam MotoGP cuba mendapatkan khidmat pelumba Kawasaki di World SBK untuk mengisi kekosongan dalam pasukan Petronas SRT bagi musim 2022.

Langkah itu kononnya sudah dibuat selepas pengeluar motosikal Jepun itu mengesahkan perpisahan dengan Maverick Vinales dalam MotoGP.

Pada masa sama, Yamaha masih menunggu keputusan pelumba veteran, Valentino Rossi yang berjanji beri kata putus selepas tamat musim panas. Sama ada sambung khidmat setahun lagi atau berundur. Dua situasi itu menyebabkan Yamaha perlu mencari dua pelumba baharu untuk mengisi kekosongan Vinales dan Rossi.

Pendekatan logik yang mungkin Yamaha ambil ialah Morbidelli ke pasukan factory sebagai rakan tunggangan Quartararo dan cari dua penunggang baru untuk pasukan satelitnya.

Portal Sky Sport Italia menyatakan Yamaha ada menghimpit juara dunia enam kali World SBK, Jonathan Rea untuk memujuknya mengisi satu kekosongan dalam pasukan Petronas SRT.

Bagaimanapun, penunggang Kawasaki itu memberitahu Yamaha bahawa dia kini bergembira:

“Jawapannya mudah. Aku tak berpeluang untuk menyertai MotoGP. Aku juga tidak mengerti mengapa ada pandangan tertentu terhadap rider SBK.

“Ya, aku ada dapat call daripada beberapa pasukan tapi bukan proposal, aku sebenarnya betul-betul nak tau apa tahap aku di sana.

“Kau tak leh kata kau tak nak. Tapi kalau usia dah 34 tahun, aku tak rasa ada peluang nak masuk MotoGP. Lebih baik aku duk kat SBK.”

Selain Rea, Yamaha juga ada menghubungi pelumba popular Toprak Razgatlioglu sebagai pengganti Morbidelli (cedera) di Assen.

Malangnya, Toprak menolak tawaran dan diganti pula dengan Garrett Gerloff. Apatah lagi kalau Toprak pun sudah melanjutkan kontrak dengan Yamaha di SBK.

SUMBER: MotorPlus | Kawasaki KRT

Related

799
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Garrett Gerloff, Jonathan Rea, Maverick Viñales, Toprak Razgatlioglu, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev