PIAGGIO Indonesia memperkenalkan pilihan warna baharus untuk Vespa GTS Super 150 i-get ABS dan Vespa GTS Super Tech 300 HPE ABS, iaitu Green Relax (hijau cair), yang diilhamkan daripada campuran minuman sirap pudina dan susu yang dikenali di Itali sebagai ‘Latte e Menta’.
BACA >>> Vespa GTS SuperTech 300 (2020) Lancar di Jepun, Harga RM30k
Warna lain ditawarkan ialah Black Vulcano (hitam) dan White Innocenza (putih) seperti foto di bawah ini:
Vespa GTS Super 150 i-get ABS
Warna khas utnuk GTS Super Tech 300 HPE ABS pula cuma dua, iaitu Grey Delicato (kelabu) dan Black Volcano (hitam), lihat foto bawah:
Vespa GTS Super Tech 300 HPE ABS
Warna tersebut dikatakan memberikan penampulan elegan dan ultra-moden buat si penunggang yang diperkuat dengan kemasan aksen kuning untuk menyerlahkan gaya megah dan gagah.
Pengenalan warna baharu pada GTS adalah cara Vespa memperkayakan pengalaman menunggang kepada peminat Vespa.
BACA >>> Vespa Paling Berkuasa, GTS 300 HPE Super Lancar di Malaysia, Harga RM33,300!
Vespa GTS Super Tech 300 HPE ABS dibekalkan panel meter TFT digital 4.3 inci berwarna dengan fungsi navigasi piktogram.
Berikut spesifikasi Vespa GTS Super 150 i-Get ABS:
- Enjin i-GEt Euro3 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155.1cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) dan sistem Mula & Henti (Start & Stop) berkuasa 14.4hp @ 8,250rpm dan tork 13,5Nm @ 6,750rpm.
- Transmisi automatik CVT.
- Sistem brek cakera di depan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Kapasiti petrol 7 liter.
- Tinggi pelana 790mm.
- Sistem suspensi lengan tunggal dengan spring helikal dan absorber hidaulik tunggal di depan, dan absorber boleh laras prabeban 4-tetapan.
- Harga jualan Rp62.7 juta (RM18,140)
Berikut spesifikasi GTS Super Tech 300 HPE ABS:
- Enjin Euro3 HPE 4-lejang-4-injap silinder tunggal 278.3cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 23.5hp @ 8,250rpm tork 26Nm @5,250rpm
- Transmisi automatik CVT
- Sistem brek cakera depan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-salurandan Regulasi Antigelincir (ASR)
- Tinggi Pelana 790mm.
- Kapasiti petrol 8.5 liter.
- Sistem suspensi lengan tunggal dengan spring koil dan absorber tunggal di depan dan absorber hiraulik kembar boleh laras prabeban 4-tetapan.
- Harga jualan Rp154.2 juta (RM44,600)
Semua barisan warna baharu itu boleh dilihat di semua pengedar rasmi Piaggio Indonesia, atau layarilaman web resmi www.vespa.co.id dan akaun resmi Instagram Vespa @Vespa_IndonesiaOfficial.
Semua pengedar turut melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) ketat sempena pandemik Covid-19 yang melanda republik itu.
BACA >>> MForce Bike Lancar Skuter Wmoto Xtreme 150i (2021), Harga Cuma RM9.5k!
BACA >>> Felo FW-06 (2021) - Skuter Elektrik China Gaya Sport Hasil Kerjasama Kymco
Leave a Reply