• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Red Bull Racing Guna Enjin F1 Ciptaan Sendiri Bermula 2023?

Red Bull Racing Guna Enjin F1 Ciptaan Sendiri Bermula 2023?

July 12, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

TAHUN lalu, Honda sudah mengumumkan keputusan untuk meninggalkan sukan lumba Formula Satu (F1) selepas musim 2021. Keputusan itu tidak dijangka memandangkan Honda kembali semula kepada kejuaraan F1 pada 2015.

Pengumuman itu turut memberi kesan kepada Pasukan Red Bull dan Alphatauri (sebelum ini dikenali sebagai Toro Rosso) untuk mencari pembekal trenkuasa bagi musim akan datang.

Red Bull masih boleh menggunakan trenkuasa Honda sehingga 2022 selepas berjaya memeterai perjanjian pada Februari 2021. Perjanjian itu sebenarnya membolehkan pasukan Red Bull menggunakan teknologi dari Honda sehingga tahun 2025.

Prinsipal Red Bull, Christian Horner mengesahkan 2022 akan menjadi tahun peralihan jabatan trenkuasa Red Bull dengan pembuatan unit enjin akan diteruskan di Jepun.

Apa Akan Berlaku Pada 2022?

  • Red Bull Racing mungkin akan terus menerima input dan bantuan daripada Honda.
  • Pasukan itu mungkin menerima komponen tambahan dan ilmu teknikal cara menghasilkan trenkuasa sendiri.
  • Menjelang 2023, pasukan itu berharap trenkuasa baharu akan dibina dan diselenggara Red Bull Powertrains Limited.

Christian Horner menyatakan:

“Kami sedang bekerjasama dengan Honda untuk membolehkan enjin diteruskan pemasangan di Sakura (Honda R&D Ltd.)  pada 2022 sebelum proses itu diambil alih di fasiliti baharu kami bermula 2023.”

Pengarah Teknikal Honda F1, Toyoharu Tanabe mengesahkan beliau dan pasukan Red Bull Racing berusaha memastikan rancangan membina dan menyelenggaran trenkuasa F1 dapat direalisasikan.

Bagaimanapun, beliau tidak dibenarkan bercerita tentang perincian mengenai pelan itu tetapi sekadar menyatakan usaha itu bergerak ke arah positif.

BACA >>> Hamilton: Aku Tak Faham Kenapa Kereta F1 Makin Berat
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Jentera F1 Semakin Panjang?
BACA >>> Kanak-Kanak Ini Tengok F1 Secara Langsung dari Belakang Rumah Je...

SUMBER: Autoindustriya

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Alphatauri, Christian Horner, Red Bull, Red Bull F1, Toyoharu Tanabe

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev