• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Elektrik Pertama Bentley Akan Keluar 2025

Kereta Elektrik Pertama Bentley Akan Keluar 2025

July 8, 2021 By Shawkath Leave a Comment

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TAHUN lalu, Bentley mengumumkan strategi Beyond100, iaitu rangka kerja peralihan firma itu menjadi jenama pengeluar kenderaaan mewah hijau dan komitmen terhadap masa depan elektrifikasi.

Sebagai permulaan, tiga model Bentley versi hibrid plug-in (PHEV) akan diperkenalkan menjelang 2023. Setakat ini, dua varian hibrid daripada tiga model berkenaan iaitu Flying Spur dan Bentayga sudah ditawarkan.

BACA >>> Bentley Bentayga Four Seat Comfort (2021) Tawar Ruang Kabin Esktra Selesa

Bentley Flying Spur Hibrid - 1
Bentley Flying Spur Hibrid - 4

Bagaimanapun, Bentley cuma akan melancarkan satu model elektrik penuh pada 2025, dan bermula 2026, keseluruhan barisan produk Bentley akan membabitkan kenderaan elektrik dan PHEV.

Komitmen yang dinyatakan itu akan meletakkan Bentley sebagai pengeluar terbesar enjin pembakaran dalaman 12-silinder dunia yang beralih menjadi pembuat kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030.

Bentley Flying Spur Hibrid - 2
Bentley Flying Spur Hibrid - 3

Bentayga PHEV diperkenal sekitar 2018 dan model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu menggunakan trenkuasa 3.0L V6 dan seunit motor elektrik.

Flying Spur PHEV pula dipacu trenkuasa 2.9L V6 dengan dua unit pengecas turbo dan seunit motor elektrik. Jumlah kuasa dihasilkan 536hp iaitu lebih 93hp berbanding Bentayga PHEV, manakala tork dijana 750Nm.

Bentley Flying Spur Hibrid - 5
Bentley Flying Spur Hibrid - 1
Bentley Flying Spur Hibrid - 4
Bentley Flying Spur Hibrid
Bentley Flying Spur Hibrid - 2
Bentley Flying Spur Hibrid - 3

SUMBER: CarAndBike

Related

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Bentley, Bentley Bentayga Hybrid (2018), Bentley Elektrik, Bentley Flying Spurs Hibrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev