• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Bukan Kereta Famili Biasa, Audi RS6 Avant Performance Mampu Gigit Nissan GT-R!

#Videotomotif: Bukan Kereta Famili Biasa, Audi RS6 Avant Performance Mampu Gigit Nissan GT-R!

October 21, 2016 By Han Othman Leave a Comment

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

audi-rs6-avant-performance-bg
KITA mungkin berbeza pandangan tentang kereta mana paling berkuasa, tetapi apabila menyebut Nissan GT-R, kita dapat bersetuju tentang banyak perkara, iaitu sebuah kereta yang bukan saja pantas di jalan lurus, tetapi juga lincah di selekoh.

Sejak debut hampir sedekad lalu, kredibiliti Nissan GT-R sebagai antara kereta terpantas di planet Bumi memang tidak dapat dinafikan. Dengan enjin 3.8L turbo-berkembar V6 yang menghasilkan kuasa 565hp, GT-R mampu memecut 0-100kmj sepantas 2.9 saat dengan dibantu henjutan berkuasa daripada sistem pacuan empat roda (AWD). GT-R juga mampu memecut selaju 314kmj dan menghabiskan jarakn perjalanan suku batu dalam masa 11.1 saat! Hebat bukan?

Malah, bukan sedikit supercar yang sudah ditewaskan GTR sama ada atas trek atau di jalanan. Namun, video di bawah mungkin dapat memberi amaran kepada pemandu GT-R supaya berhati-hati jika bertembung dengan sebuah stationwagon jenama Audi.

Kereta mana lagi kalau bukan Audi RS6 Avant Performance, iaitu versi paling berkuasa dalam barisan RS6 Avant dengan kekuatan 597hp yang dihamburkan daripada enjin V8 pengecajturbo. Dengan bantuan sistem AWD Quattro, kereta ini mampu meledak sepantas 3.7 saat dalam pecutan 0-100kmj.

Semestinya prestasi ditunjukkan itu sesuatu yang mengagumkan kerana Audi RS6 Avant Performance bukanlah sebuah supercar, tetapi kereta famili yang siap sedia dengan lima tempat duduk dan ruang but untuk mengisi barang balik ke kampung.

Janganlah emosional, kredibiliti GT-R kegemaran anda sentiasa berada dalam kelas tersendiri. Tetapi kemampuan Audi RS6 Avant Performance menggigit gergasi atas trek itu adalah sesuatu yang patut diraikan! 😀

Related

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Audi, Audi RS6 Avant Performance, Nissan, Nissan GT-R, Quattro, video auto, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev