PERMOHONAN moratorium dibuka bermula hari ini untuk semua individu yang terjejas berikutan pelaksanaan perintah berkurung penuh (totallockdown) dengan sebahagian besar sektor ekonomi ditutup.
Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama rangkaian bank bersetuju membenarkan moratorium selama enam bulan dan ini tiga cara membuat permohonan:
1. Isi Borang Di Laman Web
Anda perlu melayari laman web bank berkaitan untuk membuat permohonan dengan cara berikut:
- Klik pada borang yang dipaparkan pada laman web bank
- Isi maklumat peribadi dan pembiayaan
- Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman
- Klik butang hantar dan bank akan membuat pengesahan penerimaan
*Bagi PKS pengisytiharan kendiri dalam talian diperlukan.
2. Hantar E-mel
Prosesnya seperti isi borang dan ini adalah langkah-langkahnya:
- Kunjung ke laman web bank anda
- Klik pada pautan e-mel
- Isi butiran peribadi dan pembiayaan
- Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman
- Klik butang hantar dan bank akan mengesahkan penerimaan permohonan.
3. Panggilan telefon
- Hubungi pusat khidmat pelanggan bank berkaitan
- Operator akan cuba membimbing anda sepanjang proses permohonan.
- Anda perlu sabar dan mungkin perlu tunggu lama kerana kadar panggilan dipercayai amat tinggi.
- Permohonan moratorium dibuka bermula hari ini 7 Julai 2021.
AKPK
- Bagi mereka yang memerlukan nasihat kewangan atau bimbingan berhubung soal hutang, anda boleh cuba berhubung dengan pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui Services AKPK.
- Bank Negara juga mahu maklum balas anda jika ada masalah permohonan atau menghubungi bank. Anda cuma perlu maklumkan melalui pautan ini: bnm.my/RAsurvey.
- Maklumat lanjut tentang moratorium ada di sini: bnm.gov.my/RA.
BACA >>> i-Citra Ganti i-Sinar, Ahli Boleh Keluar Simpanan KWSP Hingga RM5k!
BACA >>> KWSP, Elya Jawab Soalan Anda Tentang Pengeluaran i-Citra
BACA >>> Tengku Zafrul: Tiada Faedah Terkompaun, Caj Lewat Bayar untuk Moratorium
SUMBER: Sinar Plus
Leave a Reply