SAYA ada selongkar beberapa blog, ada yang beritahu minyak semi-synthetic sebenarnya sampai 10,000km dan fully-synthetic sampai 25,000km. Ada kata semi-synthetic 5,000km dan fully-synthetic 10,000km (pendapat yang selalu dengarlah). Saya pun jadi confuse mana satu yang betul tepat?
Saya ada persoalan, juga pendapat sebenarnya. Kalau diikutkan kadar perbatuan, dah tak berapa nak logik digunakan sebab sebagai contoh, kereta di KL kebanyakannya sangkut dalam jammed. Jumlah masa kerja enjin bertambah, tapi kadar mileage tak berubah. Lain yang berada di kampung atau kawasan tidak jammed, kadar mileage dengan kadar masa kerja enjin boleh dikatakan seimbang. Pendapat abang?
Mungkin abg boleh bangkitkan isu jumlah sebenar kadar perbatuan minyak semi-synthetic dan fully-synthetic yang lebih tepat dan nisbah masa gerak kerja enjin dengan kadar perbatuan yang mungkin ramai tak sedar, terutama kawasan bandar.
- Apittt
SEBENARNYA debat mengenai bilakah tempoh masa tepat untuk menukar minyak enjin (tidak kira jenis mineral atau sintetik) sangat sofistikated dan panjang. Anda akan menemui tiga pihak, iaitu pengeluar kereta, pembuat bendalir dan mekanik yang masing-masing mengeluarkan fakta masa servis yang kadangkala mengelirukan.
Kita akan ulaskan satu persatu.
KENAPA TEMPOH TUKAR MINYAK ENJIN BERBEZA?
i. SARANAN PENGELUAR KERETA
Setiap pengeluar kereta mempunyai jenama minyak enjin tertentu yang disaran digunakan setiap kali servis. Asasnya, kebanyakan pengeluar kereta moden hari ini menetapkan tempoh servis setiap 10,000km atau enam bulan sekali. Semestinya saranan itu adalah terbaik untuk diikuti kerana jenis dan gred minyak tersebut sememangnya digunakan pengeluar kereta anda dalam fasa pembangunan dan ujian.
Disebabkan itulah anda diwajibkan mematuhi tempoh servis ditetapkan pengeluar jika tidak mahu segala terma dan syarat waranti terbatal. Ini kerana setiap ujian reliabiliti kereta anda dibuat mengikut had masa selamat dengan menggunakan minyak hitam disarankan, walaupun faktanya bendalir digunakan mampu bertahan lebih lama.
Kenapa buat begitu? Sudah tentu untuk melindungi industri kereta itu sendiri. Bayangkan servis diwajibkan setiap 25,000km mengikut standard pembuat bendalir, bukankah ia akan menjejaskan kitaran pendapatan pengeluar kereta?
BACA >>> 5 Mitos Tentang Minyak Enjin Kini Dibongkar
ii. SARANAN PEMBUAT BENDALIR
Ingat, pembuat bendalir tidak semestinya menghasilkan minyak mereka untuk jenama kereta tertentu sahaja. Malah, penyelidikan bendalir dalam automotif membabitkan pelbagai jenis enjin. Memang ada minyak enjin sintetik yang mampu bertahan hingga 25,000km perbatuan. Setakat ini, cuma Jaguar saja mensyaratkan pemiliknya menukar minyak enjin atau servis setiap 25,000km.
Jadi, jangan terkejut jika anda dapati tempoh masa menukar minyak enjin yang disarankan pembuat bendalir lebih lama berbanding apa yang diwajibkan pengeluar kereta.
iii. SARANAN MEKANIK
Jika berjumpa mekanik di pusat servis pengeluar, semestinya mereka mengesyorkan anda menukar minyak enjin seperti disarankan pengeluar. Sebaliknya jika anda bertanya mekanik luar (yang jujur) atau pakar bendalir automotif, mereka pasti menasihatkan anda supaya menukar mengikut saranan pembuat bendalir.
JADI SIAPA BETUL? MAHU IKUT SIAPA?
Sebenarnya, tiada siapa betul dan tiada siapa salah. Sudah tentu kami menyarankan anda menggunakan minyak enjin seperti disarankan pengeluar kereta, termasuk mematuhi tempoh servis ditetapkan.
KENAPA? BUKANKAH ITU SEPERTI SATU PENIPUAN?
Ingat, minyak hitam anda mungkin dapat bertahan lama, tetapi tidak bagi komponen lain yang mungkin tidak dapat bertahan selama itu. Justeru tetapan masa diberikan pengeluar ialah tempoh paling munasabah yang bukan sekadar menukar minyak enjin saja seperti yang anda selalu bayangkan. Tetapi ia sebenarnya turut membabitkan pemeriksaan dan penukaran komponen serta alat ganti lain juga. Bayangkan kondisi kereta anda tanpa diperiksa selama lebih setahun semata-mata menunggu tempoh menukar minyak enjin yang belum sampai.
Jadi, ikut saja saranan pengeluar kereta. Namun, bagi anda yang mengambil kira setiap nilai wang yang perlu dibelanjakan, anda boleh beralih kepada saranan pembuat bendalir atau mekanik yang dipercayai sebaik saja tempoh waranti kereta tamat. Tiada apa yang perlu anda takutkan.
BACA >>> Minyak Enjin Petronas Syntium SE Dirumus Khas Untuk Kenderaan Proton
BETULKAH KERAP MENUKAR MINYAK ENJIN LEBIH BAGUS
Disebabkan jarak masa menukar minyak enjin bagi kereta masa kini lebih lama berbanding kereta sedekad lalu, sesetengah kita mengalami perasaan risau tentang kondisi kereta mereka. Jika dulu servis setiap tiga bulan sekali, tetapi sekarang sudah enam atau lapan bulan sekali.
Sudahnya, anda ambil keputusan sendiri dengan menukar minyak enjin lebih awal berbanding masa ditetapkan. Ada yang menghantar servis 2,000 hingga 3,000km lebih awal berbanding perbatuan ditetapkan. Kononnya kereta jadi lebih terjaga dan selamat jika kerap ditukar minyak enjin.
Tahukah anda, komitmen pembuat bendalir juga sama seperti pengeluar kereta? Jika pengeluar kereta hari ini sedaya upaya cuba menghasilkan produk yang mesra alam, hal sama turut dilakukan pembuat bendalir. Antara tujuan utama pembuat bendalir menghasilkan minyak enjin yang mampu bertahan lebih lama adalah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. Ya, bukan sekadar tentang realibiliti mekanikal sahaja!
Jadi, kekerapan anda menukar minyak enjin bermakna anda bersubahat ke arah mencemarkan alam sekitar!
KALAU KERETA KURANG BERGERAK, TUKAR MINYAK IKUT KM ATAU BULAN?
Maksudnya begini, tempoh servis kereta anda ialah 10,000km atau enam bulan, tetapi kereta anda kurang berjalan jauh. Mungkin selepas enam bulan, perbatuan kereta anda baru saja 5,000km. Hati anda terdetik; "Sepatutnya 10,000km, rugilah minyak hitam aku kalau servis sekarang."
Jawapannya, anda perlu servis sekarang. Ini kerana minyak enjin yang sudah dituang ke dalam enjin sudah bercampur dengan pelbagai bendasing yang berpotensi melemahkan kelikatan dan ikatan kimia bendalir, sekali gus mengurangkan tahap optimum perlindungan enjin.
Proses degradasi atau nyahgred bukan saja berlaku apabila enjin kerap bekerja, tetapi juga apabila disimpan melebihi had masa tertentu. Ia bukan saja tentang bendalir seperti minyak enjin, tetapi juga terpakai kepada mana-mana cecair pun.
Anda boleh cuba ujikaji ini, simpan air kosong dalam satu bekas. Selepas enam bulan, cuba perhatikan apakah kondisi air kosong yang disimpan itu adalah sama bersih pada mata kasar seperti pertama kali diisi dahulu. Apakah ada keladak di dalamnya? Itulah yang dinamakan proses degradasi walaupun anda tidak pernah mencampurkan air kosong itu dengan apa-apa sebatian asing.
Kesimpulannya, ikut tempoh mana satu sampai dahulu. Mudah bukan? 🙂
mimi says
satu perkongsian yg baik
shah says
Terbaik info
Arip says
Bagai mana kalau kita nak ikut jenis minyak contoh 40w/50
Wan_Volvo says
Info yg bagus sekali Wajib diketahui oleh pengguna jalan raya.
Beyonce says
Sya nak tnya mengenai jarum meter yang mengukur jarak perjalanan itu tidak berfungsi. Apakah kedai yg sy kena minta buat dan ia disebsbkan apa?
Atan says
Meter rosak tu!g kdai potong body@alat ganti baru...
amirul says
Salam ..good info selalu sy tukar minyak enjin kereta semi syntetic..dia akan letak dlm 7000km untuk servis yg baru..jadi secara logik minyak syntetic 10.000km..cuma bila dia letak 7000km pemandu biasa akan hantar lebih dr 7000km sebab masalah kewangan or xde masa..jadi kat sini..kita boleh standby awal untuk tukar minyak syntetic xlebih 10.000km dan xkurg dr 10.000 kira dlm 8000km ke 9000km dah elok servis yg baru..ini pandangan sy la
Kyla says
means klau km yg telah ditetapkn telah melebihi had kereta masih boleh berfungsi seperti biasa ya? ada side effects lain ke?
Lin says
Kali pertama saya mencuba minyak semi.. Servis centre mengatakan boleh guna sehingga 10k km. Sedangkan kebiasaannya 5k - 7 k.. Saya pun agak khuatir..
Mohd Nazir says
Biasanya 5k untuk minyak mineral.. Sesuai untuk kereta yg sudh lebih 10 tahun..
soffy says
minyak itam mmg selalu kena tukar
Kyla says
kalau km telah mencapai had yg ditetapkan, kereta masih boleh digunakan seperti biasa tak? untk bergerak ke kwsn yg berhampiran je
Mail Din says
Berapakah litar minyak enjin bagi toyota vios,, dan minyak gear ATF , saya ingin mendapat sukatan yang tepat, bagi penjagaan enjin yang baik, Terima kasih.
Hairol says
Maaf nk tanya sikit...biasanya lepas servis & tukar minyak hitam,ada lebihan minyak hitam sy simpan & kumpul.lama2 lebihan minyak yg sy kumpul tu cukup sebotol..minyak tu jenis dan gred yg sama.jadi sy nk tanya,boleh x sy gunakan utk servis yg seterusnya?ada tempoh x jangka lupus minyak tersebut?sy simpan dlm 4 tahun jgk la..tkasih
ABG GYL says
Boleh asalkan jenis dan gred yang sama. Juga jenama sama.
Nizam says
Klu kereta dh pakai 4 thn lebih. Nak pakai minyak fully or semi. Kereta pesona
Alia says
Salam..mileage saya dh terlebih 10,000km.sekarang jadi 10,900km.warranty saya terbatal tak?.next servis 24/3/2019.
ABG GYL says
terpulang pada pengeluar kereta. Kenapa tidak servis awal? Sebab jadual adalah ikut mana tiba dulu
Amir says
Hai, saya pakai axia 1.0. Dlm 50k, sy servis minyak hitam di kedai luar(bukan servis centre) dia suggest pakai semi synthetic 10w-40, lepas tu, sy perasan kereta agak lembap dan sy baru tahu kereta axia sepatutnya guna 0w-20 fully synthetic. Skarang kereta sy baru 53k. Boleh ke sy tukar minyak hitam tanpa menunggu waktu next servis yg ditetapkan
ABG GYL says
Boleh. Tapi lebih bagus buat di SC
Francis says
Salam,kereta sya jenis kereta lama mnggunakan enjin 1kzte dan sya mnggunakan minyak jenis semi sintetik...tapi sya sda buat overhaul bermakna enjin seperti kereta baru,bolehkah sya menggunakan minyak sintetik penuh atau mesti semi sintetik sahaja?
Lili says
Salam..sy nak tanya..sepatutnya saya servis kereta bila mileage 9000..sy nak tanya aa akan jafdi pada kereta sekiranya sy tidak hntr servis pada mileage yg ditetapakn or tarikh yg ditetapkan
Iwan says
Berkemungkinan waranti drpd pengeluar akan terbatal jika berlaku sesuatu pada kereta anda
Shuriyani says
Kilometer perbatuan kete bezza saya baru 7ribu lebih...paling jauh bergerak ke kelantan...adakah kena service?
Zulkifli says
Saya nk tahu minyak hitam berjenama motorcraft fully sentetic bland berapa ribu km yg sepatutnya di tetapkn
faizal says
ye btl klu sy mmg set 8000 wlupun btahan 10000..
Aiman says
Salam . Tumpang tanya , saya service pertama . Tapi dah terlebih dari 1000 . Sekarang dah 1200 . Terbatal ke warranty saya ni . Sebab service pertama saya jatuh tarikh pkp .
Abang GYL says
Tidak. jangan risau.
kamirul says
Macam mane kalau meter dah lebih sepatutnya kena servis tapi baru 3 bulan sepatutnya 6 bulan..boleh ke tunggu 6 bulan baru servis?
Mohd Azol says
Bagaimana dgn enjin.diesel. saya biasanya terlepas/ lewat menukar minyak hitam. kadang hingga.4k.
kerana waktu kerja yang padat.
apakah gejala buruk yg mungkin berlaku
hingga stakat ni belom pernah van
saya meragam walau slalu jalan jauh
Nafis Che Isa says
Kereta saya dah trrlebih 1k mileage.. Tarikh service 1k mileage jatuh pada pkp.. Masih boleh lagi ke untuk dihantar SC? Dan minyak hitam pula.. Adakah perlu di tukar?
Abang GYL says
Untuk 1k kebiasaannya cuma checking. Dan ya, perlu hantar seperti disarankan dalam buku servis.
Nor says
Contoh kereta saya kena servis 5000k,skrg 4700,saya urgent nk blik kg....mgkn jadi 5k lebih...boleh ke
AO says
Tanya pusat servis
Wan says
Saya takut/confuse tengok komen dekat sini.Beli kereta harga berpuluh ribu..saya yakin sebelum beli mesti dah study betul² kereta idaman.
Tapi kebanyakan lupa study keperluan dan kos maintenance yang perlu.
Kos² seperti diatas ni perlu dimasukkan dalam perhatian untuk tidak sakit kepala dikemudin hari.