HASRAT Jonathan Rea yang juga juara enam kali Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) untuk memiliki lesen memandu sah di Britain semakin cerah. Ya, juara dunia itu belum ada lesen sah untuk menunggang di jalan raya awam.
Rea mengumumkan hasrat mendapatkan lesen memandu sah tahun lalu tetapi terbantut disebabkan perintah berkurung (lockdown) sepenuhnya di Britain bagi mengawal pandemik Covid-19.
Kelonggaran lockdown selepas kempen pemberian vaksin membolehkan Rea menyambung kembali impiannya dan kini sudah lulus ujian teori bertulis. Dia sebelum ini mendedahkan pernah gagal ujian teori.
BACA >>> Juara WSBK 5 Kali, Rea Mengaku Pernah Kencing dalam Sut Sebelum Berlumba
BACA >>> Teknologi AI Akan Tentukan Siapa Layak Tunggang Motosikal di Singapura
Proses seterusnya ialah juara dunia itu perlu melengkapkan latihan asas wajib (CBT) dan pelumba itu membuat rakaman serta memuat naik ke saluran YouTube.
Isteri Rea, Tati bekata, reaksi jurulatih apabila melihat pelajarnya itu ialah Jonathan Rea sudah tentu agak janggal.
Dalam klip video ujian dilakuakn itu, Rea mengakui proses mengambil lesen bukan mudah seperti disangka. Berikut rakaman Rea menjalani ujian lesen L:
BACA >>> Rossi: Rea Cukup Laju untuk Berlumba dalam MotoGP
BACA >>> 5 Perkara Penting Ini (Mungkin) Tidak Diajar Ketika Ambil Lesen Motosikal
BACA >>> Jualan Motosikal Jepun Merosot, Kapcai 50cc Dijangka Pupus
BACA >>> Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?
SUMBER: RideApart
Leave a Reply