• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Umum Pelan Ibu Pejabat Perniagaan EV, Swift Elektrik Akan Muncul?

Suzuki Umum Pelan Ibu Pejabat Perniagaan EV, Swift Elektrik Akan Muncul?

July 5, 2021 By Shawkath Leave a Comment

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI ialah antara jenama automotif yang masih jauh ketinggalan dalam usaha beralih ke era elektrifikasi jika dibandingkan pengeluar Jepun lain.

Ini disebabkan jenama itu masih tiada produk elektrik-bateri dalam barisan model jenama itu di Jepun, apatah lagi luar negara. Apa yang ada cuma versi hibrid untuk model sperti Vitara, Swift, S-Cross, Swace dan Across.

Senario itu nampak seperti akan berubah beberapa tahun lagi selepas Suzuki mengumumkan rancangan menubuhkan Ibu Pejabat Perniagaan EV (Kenderaan Elektrik) untuk mempromosikan perniagaan EV.

BACA >>> Prologue - SUV Elektrik Pertama Honda Bakal Debut 2024
BACA >>> Bukan Lagi Hot-Hatch, Renault Megane Akan Jadi SUV Elektrik, Sekali Cas 450km

Pengumuman itu dibuat dengan beberapa pembaharuan pengurusan dan individupenting akan dilantik untuk mengisi kerusi di jabatan baharu. Tiada maklumat tambahan bilakah ibu pejabat baharu itu akan beroperasi.

Jika misi Suzuki itu direalisasikan, pengeluar Jepun tersebut akan memperkenalkan barisan kenderaan elektrik-bateri yang mungkin terdiri daripada model popular seperti Swift, Vitara atau Jimny.

Suzuki juga pernah mempamerkan model menarik di India tahun lalu, konsep Futuro-e (foto atas). Model dengan rekabentuk badan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu mengetengahkan rekabentuk gaya Eropah. Setakat ini, Suzuki masih belum membentangkan rancangan sebenar Futuro-e. Sama-sama kita nantikan.

BACA >>> Jika Terlanggar Tiang Elektrik, Lebih Baik Jangan Keluar Kereta
BACA >>> Kenapa Jika Ramai Rakyat Brazil Guna Kereta Elektrik, Harga Gula Dunia Turun?
BACA >>> Hanya VW, Volvo Bersedia Pasarkan Kereta Elektrik Sepenuhnya di Eropah
BACA >>> Pasaran Motosikal Indonesia Paling Teruk Terjejas 2020, Honda Rugi 2 Juta

SUMBER: Autoindustriya

Related

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, SUV Elektrik, Suzuki, Suzuki Elektrik, Swift elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev