PERDANA Menteri, Justin Trudeau mengumumkan Kanada bakal mengharamkan penjualan kereta bahan api fosil dan trak ringan pada 2035 dalam usaha mencapai misi emisi sifar seluruh negara menjelang 2050.
Ini bermakna, bermula2035, hanya kereta dan trak emisi-sifar boleh dijual di negara itu. Pelaburan dan peraturan baharu juga akan ditambah bagi membantu industri mencapai sasaran berkenaan.
BACA >>> Jepun Bakal Haramkan Jualan Kereta Petrol Baharu Menjelang 2030
BACA >>> Ireland Pula Rancang Haramkan Kenderaan Petrol, Diesel Menjelang 2030
Ini seiring langkah dilakukan negara lain seperti Britain yang mengumumkan pengharaman kenderaan bahan api konvensional bermula 2030, manakala pasaran automotif terbesar Amerika Syarikat (AS), California juga mengumumkan bakal beralih fokus kepada kenderaan elektrik bermula 2035 pada tahun lalu.
Trudeau, berjanji memacu Kanada, yang memiliki keluasan darat kedua terbesar dunia, sebagai negara sifar emisi menjelang 2050. Penyingkiran kenderaan bahan api fosil itu dilihat sebagai langkah utama mencapai sasaran tersebut.
Rakyat Kanada juga menyokong penuh langkah tersebut, dan Trudeau dijangka mengumumkan pilihan raya seawal September untuk mengukuhkan kedudukannya dalam Parlimen.
Setakat ini, hanya 3.5 peratus kenderaan elektrik dijual di Kanada, dan Kerajaan memerlukan sokongan lebih besar daripada pemain pasaran untuk meluaskan penggunaan kenderaan emisi sifar.
BACA >>> Perancis Mahu Haramkan Semua Kereta Petrol, Diesel Pada 2040
BACA >>> Britain Bakal Haramkan Kenderaan Petrol, Diesel Bermula 2040, Serius Mahu Udara Bersih
SUMBER: AutoBlog.com
Leave a Reply