• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pecah Rekod Pelumba WRC Tertua Dunia, Atuk 91 Tahun Masuk Semula Rali!

Pecah Rekod Pelumba WRC Tertua Dunia, Atuk 91 Tahun Masuk Semula Rali!

June 30, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

217
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JUARA Kejuaraan Rali Eropah (ERC) tiga kali, Sobieslaw Zasada menjadi pelumba rali tertua dunia selepas disahkan kembali bersaing dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) pada usia 91 tahun.

Zasada akan memandu Ford Fiesta Rally3 bersama pasukan M-Sport Poland.

Sepanjang karier, Zasada pernah memenangi ERC pada 1966, 1967 dan 1971, termasuk mendapat tempat kedua dalam tiga lagi perlumbaan lain. Dia juga pernah berlumba untuk beberapa pasukan seperti Steyr Puch, Porsche, BMW dan Mercedes Benz.

Zasada juga dinamakan personaliti sukan Poland terbaik pada 1967.

BACA >>> Honda CRF250 Rally (2021) dengan Seragam Rali Dakar Lancar di Malaysia, Harga RM27.5k
BACA >>> Peugeot 405 T16 (220hp) - Sedan Prestasi Pertama Peugeot yang Pernah Menang WRC

Keputusan pelumba legenda Poland itu kembali bersaing bersama pelumba lain, yang 70 tahun lebih muda daripadanya, akan mencipta rekod baharu dalam sejarah WRC, sekali gus memadamkan rekod lama milik pelumba Norway, Leif Vold-Johansen sebagai pelumba tertua WRC, 82 tahun.

Aksi Zasada di Kejohanan Rali Safari, 1997

Kali terakhir, Zasada berlumba adalah 24 tahun lalu apabila menamatkan perlumbaan di Kenya bersama isterinya dengan memandu Mitsubishi Lancer dan mendapat tempat ke-12.

Keputusan berlumba semula itu semestinya menjadi cabaran besar buat Zasada yang mensasarkan untuk sampai ke garisan penamat. Motivasi utama pelumba itu adalah atas dasar rasa ingin tahu tentang cabaran lumba rali zaman ini.

BACA >>> #RetroAuto: Inilah Kisah Proton Putra WRC yang Tersimpan Rapi di Divisyen R3
BACA >>> Selepas MotoGP, Rossi Intai Peluang Sertai Lumba Kereta Enduran?

SUMBER: Autosport.com

Related

217
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ford Fiesta Rally3, Kejuaraan Rali Dunia (WRC), Mitsubishi Lancer, Pelumba Rali Tertua, Pelumba WRC Tertua, rali, rally, Sobieslaw Zasada

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev