BANK tidak akan mengenakan faedah terkompaun dan caj penalti lewat bayaran bagi moratorium enam bulan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata, Kerajaan membangkitkan perkara itu dan sudah mendapat persetujuan bank-bank dalam pertemuan baru-baru ini.
"Buat laporan serta aduan sekiranya pihak bank bertindak menaikkan faedah terkompaun serta caj penalti (ke atas moratorium itu)," kata Tengku Zafrul dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan moratorium enam bulan yang diberikan kepada semua peminjam individu yang membabitkan semua peringkat pendapatan.
BACA >>> PM Umum Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Selama 6 Bulan!
BACA >>> Salah Guna Pinjaman Bantuan Covid-19 Buat Beli Ferrari
Leave a Reply