• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Videotomotif: Saintis Tidak Sengaja Temui Cara Tukar Emisi Kereta Kepada Alkohol

#Videotomotif: Saintis Tidak Sengaja Temui Cara Tukar Emisi Kereta Kepada Alkohol

October 20, 2016 By Han Othman 2 Comments

FacebookTwitter

tukar-co2-kepada-alkohol
SEPASUKAN saintis di Makmal Kebangsaan Oak Ridge dekat Tennessee, Amerika Syarikat menemui tindak balas kimia untuk menukarkan karbon dioksida (CO2) kepada ethanol yang berpotensi menghasilkan teknologi bahan api mesra alam. Penemuan tersebut diterbitkan dalam jurnal ChemistrySelect.

Lebih menarik, penemuan diperoleh tanpa dijangka ketika pasukan saintis itu sedang mengkaji siri tindak balas kimia daripada CO2 kepada bahan api berguna. Sebaliknya, langkah pertama dalam kajian tersebut tiba-tiba mendedahkan penemuan ethanol sebagai hasil penukaran yang disahkan dapat digunakan sebagai sumber bahan api kenderaan.

Teknologi tersebut membabitkan kombinasi baharu tembaga dan karbon yang digubah ke dalam spikanano (nanospike) atas permukaan silikon, lalu membolehkan tindak balas jadi sangat tepat dengan membabitkan sedikit pencemaran.

Saintis, Adam Rondinone berkata, berasaskan penggunaan material umum yang digubah dengan teknologi nano, tindak balas sampingan dapat dihadkan dan diakhiri dengan apa yang dimahukan.

Lebih penting, proses itu memiliki beberapa kelebihan berbanding kaedah penukaran CO2 lain. Ini kerana tindak balas kimia tersebut cuma menggunakan material umum seperti tembaga dan karbon - untuk menukarkan CO2 kepada ethanol - yang sememangnya sudah digunakan meluas sebagai bahan api.

KAJIAN SUSULAN SUDAH DIBUAT

adam-rondinone
ADAM RONDINONE

 

Barangkali penemuan paling penting ialah proses itu dapat bekerja pada suhu bilik yang mudah dimulakan dan dihentikan dengan kos tenaga kecil. Justeru proses penukaran boleh digunakan sebagai storan tenaga sementara semasa proses reda dalam generasi tenaga boleh diperbaharui.

"Proses seperti ini membolehkan kita menggunakan elektrik tambahan apabila ada untuk dihasilkan dan disimpan sebagai ethanol. Malah, ini membantu menyeimbangkan grid yang dibekalkan sumber boleh diperbaharui," kata Rondinone lagi.

Kini, kajian susulan sudah dibuat untuk menjadikan proses tersebut lebih cekap. Jika berjaya, kita kemungkinan besar dapat menyaksikan penangkapan karbon berskala besar menggunakan teknik berkenaan pada masa akan datang.

Apapun, mari kita tonton video hasil penemuan itu di bawah ini:

SUMBER: Oak Ridge

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: Auto Terkini, autotainment, karbon dioksida (CO2), penemuan sains, saintis, tukar CO2 kepada alkohol

Comments

  1. joe says

    October 20, 2016 at 8:49 AM

    terbaik

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my