• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kempen #BenderaPutih: Rakyat Malaysia Lancar Inisiatif Bantu Golongan Terkesan Covid-19

Kempen #BenderaPutih: Rakyat Malaysia Lancar Inisiatif Bantu Golongan Terkesan Covid-19

June 29, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

153
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMELUT pandemik Covid-19 yang kian menekan rakyat Malaysia memaksa kita untuk saling bergantung sesama sendiri dalam meneruskan kelangsungan hidup. 

Disebabkan semakin ramai terdesak yang menyaksikan peningkatan kes bunuh diri dalam negara, rakyat Malaysia di media sosial hari ini mengambil inisiatif melancarkan Kempen #BenderaPutih untuk menggalakkan orang ramai membantu sesama sendiri.

BACA >>> Tiada Lagi Sekatan Sosial di Britain Selepas 19 Julai
BACA >>> Krisis Oksigen: Suzuki India Henti Operasi Kilang Untuk Bantu Pesakit Covid-19

Kempen itu bertujuan menyeru sesiapa saja yang memerlukan bantuan, terutama yang terputus bekalan makanan supaya mengibarkan bendera putih di depan rumah sebagai isyarat memohon bantuan. Ini secara langsung memudahkan orang sekeliling mengesan dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Kibarkan bendera putih di rumah anda jika perlukan bantuan makanan dan keperluan lain.
.
Semoga akan ada yang hadir membantu. pic.twitter.com/gI8i65iU09

— Awan Wafdan ⛅️ (@seketulawan) June 28, 2021

Kempen tanda pagar #BenderaPutih mula tular di laman Twitter sejak semalam dengan mendapat lebih 10,000 ciapan. Ia bermula sejurus Perdana Menteri mengumumkan pakej bantuan khas untuk menghadapi tempoh sekatan sosial yang masih berterusan.

Ini inisiatif yang sangat baik memandangkan bantuan diberikan Kerajaan dijadualkan tiba satu atau dua bulan lagi. Malah, bukan semua rakyat berkemampuan mengeluarkan tabungan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

Semoga kita semua kuat menghadapi cabaran yang amat getir ini. Jika anda ada terlihat bendera putih di sekitar kawasan kejiranan, mohon bantulah mengikut kemampuan masing-masing. 

BACA >>> PM Umum Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Selama 6 Bulan!
BACA >>> i-Citra Ganti i-Sinar, Ahli Boleh Keluar Simpanan KWSP Hingga RM5k!

Jangan Malu pic.twitter.com/4jveOmQ8S5

— Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawiHM) June 28, 2021

Kepada semua yang susah dan tiada makanan, naikkan bendera putih 🏳️ di kediaman anda.

Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu.

Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang.

Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera pic.twitter.com/BGy7muxcMc

— Hafizol Hakami  (@HafizolHakami) June 28, 2021

This campaign is so beautiful and again reminds us of how strong are the bond between Malaysians above everything.

Dari sekecil2 nak cari transport nak gi mengundi, to this.

Alhamdulillah, despite everything going, we still have space for humanity. 🤍 #BenderaPutih pic.twitter.com/9GVdHJFOUF

— Hamizahani (@itsAndroidWolf) June 28, 2021

Related

153
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: #KempenBenderaPutih, Auto Terkini, Bantuan Covid-19, Coronavirus, Covid-19, Malaysia, pandemik, Twitter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev