• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SAH! Vinales Berpisah dengan Yamaha, Anggap Setiap Perlumbaan Bagai Mimpi Ngeri

SAH! Vinales Berpisah dengan Yamaha, Anggap Setiap Perlumbaan Bagai Mimpi Ngeri

June 28, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

616
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM perlumbaan GP Belanda bermula semalam, tercetus khabar angin mengatakan Maverick Vinales bakal meninggalkan Yamaha Monster Energy musim depan dan menyertai Aprilia walaupun kontraknya masih berbaki hingga 2022.

Bagaimanapun, pelumba Sepanyol itu menafikan khabar angin tersebut selepas meraih podium kedua semalam. Namun, dia juga mengakui keputusan meninggalkan Yamaha boleh dipertimbangkan.

Terkini, Yamaha mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan pelumba Sepanyol itu akan berpisah dengan Yamaha Monster Energy sebaik saja musim ini berakhir.

Hubungan Yamaha dan Vinales dilihat bagai retak menanti belah berikutan musim sukar dihadapi pelumba itu. Namun, masalah prestasi dan konsistensi dihadapi sudah dapat dilihat sejak musim pertama dia bersama Yamaha pada 2017.

Prestasi di Jerman dua minggu lalu adalah persembahan terburuknya sepanjang karier MotoGP apabila sekadar mendapat tempat ke-21 pada pusingan kelayakan dengan menamatkan perlumbaan di tempat terakhir.

BACA >>> Quartararo Takluk Assen, Vinales Tebus Kecewa, Rossi Terus Malap
BACA >>> Vinales Tak Ada Jawapan Punca Dapat Tempat Terakhir Semalam

maverick-vinales-2021-1
maverick-vinales-2021-3

Persembahan semalam pula sangat berbeza apabila dia mendapat tempat pertama pada pusingan kelayakan dan berjaya meraih kedudukan kedua dalam perlumbaan menggunakan jentera yang sama seperti di Jerman.

Vinales mendakwa masalahnya dengan YZR-M1 sentiasa sama, tetapi masih tiada jalan penyelesaian diberikan untuk membolehkan dia berlumba dengan prestasi maksimum.

Macam payah je aku dapat. Tak tau le macam mana, aku mula rasa bila dah nak race, semua tu macam mimpi ngeri sebab dah tiga tahun dah, dan komen aku pula masih sama.”

Walaupun menandatangani lanjutan kontrak awal tahun lalu, tetapi Vinales mengakui agak terkejut diberikan kontrak baharu kerana prestasi ditunjukkan tidaklah memberangsangkan. Dia juga tidak mahu mengalah awal, tetapi dirinya sendiri tidak faham situasi semasa dihadapinya.

BACA >>>  Rossi Akui Yamaha M1 Susah Bersaing Jika Tidak Bermula Dari Depan
BACA >>> Honda RC213V Cuba Tiru Yamaha M1?

SUMBER: Motorsport.com

Related

616
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aprilia, Assen, Dutch GP, Maverick Viñales, MotoGP, TT Assen, Yamaha Monster Energy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev