PENGELUAR supercar Itali, Ferrari baru sahaja memperkenalkan model serba baharu, Ferrari 296 GTB.
Walaupun rekaan model ini membuatkan sesiapa sahaja pasti akan menoleh beberapa kali, perkara paling menarik pada 296 GTB adalah enjin V6 baharu yang sangat berkuasa.
Dengan kapasiti hanya 2,992cc, enjin bernama F163 ini mampu menghasilkan 654hp! Satu output kuasa yang lebih tinggi daripada enjin 4-sebaris AMG dan enjin W16 Bugatti.
Bagaimanakah Ferrari mampu mendapatkan kuasa sebegitu banyak daripada enjin yang agak kecil ini? Jawapannya adalah jenama itu membuat beberapa penambahbaikan kecil.
SUDUT 120 DARJAH
Perkara paling besar dilakukan Ferrari adalah dengan menggunakan suduh 120 darjah untuk enjin tersebut. Ini adalah tetapan terbaik untuk mengimbangkan kuasa, berat dan pempakejan. Ia memberi jurutera banyak ruang untuk meletakkan turbo sedekat mungkin dengan ekzos tanpa mengganggu aliran keseluruhan. Titik graviti juga rendah.
Struktur asas enjin juga memainkan peranan. Blok dan kepala aluminium dibina daripada aloi baharu untuk menahan tekanan setinggi mungkin tanpa mengorbankan aspek berat dan ketahanan. Ruang pembakaran juga diambil daripada teknologi model SF90 Stradale.
BACA >>> Ferrari Hibrid Pertama, SF90 Stradale Kini di Malaysia, Harga RM1.9 Juta
BACA >>> NAZA Italia Lancar Model Hibrid Ferrari SF90 Spider, Harga RM2j!
SISTEM SUNTIKAN BAHAN API TEKANAN ULTRA-TINGGI
Jika anda faham bagaimana campuran udara dan minyak berlaku, anda akan tahu bahawa pergolakan tahap tinggi dan penyebaran bahan api boleh mendatangkan kuasa dan efisiensi lebih tinggi.
Ferrari juga sedar hal ini dan menggunakan sisten suntikan bahan api tekanan-ultra-tinggi yang menyuntik bahan api ke ruang pembakaran dengan tekanan sehingga 5,000psi. Digabungkan dengan saluran ditambah baik, ia memastikan udara dan bahan api dicampur sebaik mungkin sebelum pembakaran berlaku.
TURBOCAJ REKAAN SEMULA & PERPAIPAN EKZOS LANCAR
Turbocaj skrol-tunggal IHI digunakan juga bukanlah versi sama seperti yang dijumpai pada F8 Tributo dan SF90. Ia sudah direka semula dengan besi lebih kuat untuk menahan rev lebih tinggi hingga 180,000rpm. Perubahan ini mendatangkan pengurangan lima peratus dalam diameter roda kompressor dan pengurangan 11 peratus diameter rotor turbo berbanding model V8.
Secara langsung, ia juga meningkatkan efisiensi sehingga 24 peratus dan mengurangkan berat putaran hingga 11 peratus.
Posisi turbo yang berada di atas enjin juga membuatkan laluan ekzos hampir lurus. Ini membuatkan aliran gas ekzos lebih lancar dan efisien sekaligus meningkatkan kuasa enjin. Perpaipan ekzos ringkas ini juga menjadi salah satu sebab Ferrari menjanjikan bunyi enjin yang sungguh merdu biarpun ini hanyalah enjin V6.
BACA >>> Selepas SUV, Ferrari Uji Pula Hypercar Hibrid Terbaharu
BACA >>> Ferrari Mula Teroka Bisnes Jual Pakaian, Bakal Buka Restoran
SUMBER: RoadandTrack.com
Leave a Reply