• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Kenderaan Seluruh Negara Mungkin Sifar Bulan Ini

Jualan Kenderaan Seluruh Negara Mungkin Sifar Bulan Ini

June 24, 2021 By Shawkath 1 Comment

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BULAN ini dijangka tiada jualan untuk kenderaan atau kereta baharu akibat kesan perintah berkurung susulan gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara. Jika ada pun, jumlahnya dianggap kecil dan lebih buruk berbanding catatan jualan bulan lalu.

Semua bilik pameran kenderaan seluruh negara ditutup dan operasi pembuatan kenderaan terpaksa dihentikan sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, bermula 1 Jun lalu.

BACA >>> Betul Ke Hujung Tahun Baru Boleh Balik Kampung?

Akhbar Berita Harian (BH) melaporkan, industri automotif Malaysia dianggarkan hilang pendapatan kira-kira RM3.44 bilion sepanjang Jun jika tiada jualan direkodkan bulan ini. Andaian itu dibuat dengan mengambil kira purata harga jualan kenderaan RM70,000 setiap unit di Malaysia.

Beberapa pengeluar automotif cuba memulih keadaan dengan memperkenalkan platform pembelian atas talian, termasuk e-showroom, tetapi halangan proses dokumentasi untuk pinjaman dan pendaftaran menyebabkan urusan jual beli tertangguh.

Kenyataan Kenanga Research menyebut, ada beberapa unit kenderaan dapat didaftarkan menerusi sistem e-Daftar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pembelian kenderaan dengan pinjamaa sudah dipersetujui menerusi surat aku janji (LOU).

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad pula memberitahu BH jangkaan tanpa jualan itu mungkin berlaku. Ini ada kaitan semua bilik pameran dan rantaian pengeluaran ditutup, manakala beberapa pengeluar automotif berdepan masalah bekalan cip komputer.

Aishah berkata;

Jika ada stok di bilik pameran, kakitangan masih boleh mendaftar dengan JPJ atas talian. Bagaimanapun, saya tidak fikir akan membabitkan jumlah besar."

Jualan kenderaan susut 19 peratus kepada 46,663 unit pada Mei berbanding 57,912 unit pada bulan sebelumnya. MAA menyatakan jualan bulan lalu lebih rendah disebabkan PKP 3.0 dari pertengahan hingga akhir Mei lalu.

Jumlah Jualan Keseluruhan (TIV)
  • Januari - Mei 2021:  245,932 unit berbanding 128,790 unit dicatatkan tempoh sama tahun lalu.
  • Jualan Mei 2021: Kenderaan penumpang 41,988 unit, kenderaan komersial 4,675 unit

SUMBER: Berita Harian

Related

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Datuk Aishah Ahmad, jualan kenderaan, Kenanga Research, Persatuan Automotif Malaysia

Comments

  1. Proton says

    June 25, 2021 at 11:48 AM

    Benar sekali, PKP ni banyak perkara jadi terjejas. Semoga akan pulih cepat

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev