• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Zarco Lega Marquez Menang

Zarco Lega Marquez Menang

June 24, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Pramac Ducati, Johann Zarco muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan di Sachsenring, minggu lalu tetapi gagal memanfaatkan kelebihan tersebut apabila hanya menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.

Hujung minggu lalu menyaksikan pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo (Yamaha Monster Energy) mendapat tempat ketiga, manakala duo Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia, kelima, dan Jack Miller, keenam. 

BACA >>> Marquez Masih 'Raja Sachsenring' Juara 11 Tahun Berturut-Turut!
BACA >>> Marquez Tak Boleh Bayang Diri di Tempat Rossi, Terus Lumba Tapi Tak Menang

Walaupun semua pelumba disebutkan itu menamatkan perlumbaan di depan Zarco, kemenangan Marc Marquez (Repsol Honda) memberikan kelebihan buat pelumba Perancis tersebut kerana tidak ketinggalan terlalu jauh dari segi pungutan mata keseluruhan.

Zarco kini hanya berbeza 22 mata daripada pendahulu ranking, Quartararo yang kini mengumpul 131 mata. Jika Zarco menampilkan persembahan baik hujung minggu ini, perbezaan mata itu dengan mudah dapat dipadamkan.

Bagus jugalah Marquez menang sebab tak adalah Quartararo tu jauh sangat kat depan aku. Yak yak yeay.”

Zarco sebenarnya tidak pernah menang di Sachsenring dan mungkin ini caranya untuk terus kekal positif. Hakikatnya, dia juga tidak menafikan kekecewaan yang dirasai kerana gagal kekal berlumba di barisan depan, minggu lalu.

Pada masa sama dia turut meluahkan kekagumannya dengan cara Marquez mengendalikan perlumbaan minggu lalu. Malah mengakui trek Sachsenring dengan 10 selekoh kiri, dan tiga selekoh kanan serta cuaca hujan sememangnya memberikan banyak kelebihan buat juara dunia lapan kali itu.

BACA >>> Zarco Henjut Ducati Sampai 352kmj di Qatar!
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Helmet Bantu Zarco Capai 362kmj?

SUMBER: Motorsport.com

Related

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Assen, Ducati Lenovo Team, Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia, Jack Miller, Johann Zarco, Marc Marquez, MotoGP, Pramac Ducati, Pramac Racing, Repsol Honda, Sachsenring, Yamaha Monster Energy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev