• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 163 Graduan Terima Sijil Tamat Pengajian Sekolah Teknikal Mazda

163 Graduan Terima Sijil Tamat Pengajian Sekolah Teknikal Mazda

October 19, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

sekolah teknikal mazdaSERAMAI 163 graduan Sekolah Teknikal Mazda menerima sijil tamat pengajian daripada Bermaz Motor dalam satu majlis konvokesyen di Shah Alam, Selangor.

Daripada jumlah berkenaan, 51 graduan adalah daripada Program Perintis Mazda (MAP), 15 orang dari Program Badan dan Cat, 69 dari Program Juruteknik Tinggi Mazda dan 28 yang lain dari Program Penasihat Servis Senior Mazda. Kesemua graduan itu telah diiktiraf dan bakal menghadapi alam pekerjaan.

sekolah teknikal mazdaSERAP MASUK ALAM PEKERJAAN

Lebih menarik, kesemua graduan itu turut memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia yang membolehkan mereka memilih pekerjaan lain diminati.

Bukan setakat itu, kesemua graduan yang berjaya menamatkan pengajian turut berpeluang diserap terus ke rangkaian pusat servis Mazda di seluruh negara.

sekolah teknikal mazdaKOS DITANGGUNG SEPENUHNYA

Untuk makluman, konvokesyen ini adalah kali ke-4 diadakan. Bagi membantu meringankan beban graduan, segala kos perbelanjaan pelajar yang terpilih ke Sekolah Teknikal Mazda ditanggung sepenuhnya oleh Bermaz Motor. Sepanjang tempoh pengajian, pelajar turut diberikan elaun bulanan. Kelayakan kemasukkan adalah miliki sijil SPM.

Dalam pada itu, Shell Malaysia turut mengumumkan tajaan sebanyak RM50,000 setahun selama lima tahun berturut-turut akan datang bagi tujuan pembangunan modal insan bagi membantu pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian di Sekolah Teknikal Mazda.

graduan sekolah teknikal mazda

GALERI

graduan sekolah teknikal mazda
sekolah teknikal mazda
sekolah teknikal mazda
sekolah teknikal mazda
sekolah teknikal mazda
sekolah teknikal mazda
sekolah teknikal mazda
sekolah teknikal mazda
sekolah teknikal mazda
sekolah teknikal mazda

Related

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bermaz Motor, graduan sekolah teknikal mazda, map, Mazda Malaysia, Program Perintis Mazda, sekolah teknikal mazda, Shell Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev