• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Tukul Cermin - Alat Kecemasan Berguna yang Pemandu Tidak Peduli

#TahukahAnda: Tukul Cermin - Alat Kecemasan Berguna yang Pemandu Tidak Peduli

October 18, 2016 By Han Othman Leave a Comment

746
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TUKUL cermin - tidak ramai pemandu menyimpan alat ini dalam kereta mereka sedangkan ia ada banyak kegunaan apabila berlaku kecemasan. Semestinya fungsi utama tukul cermin adalah memecahkan cermin kereta anda ketika terperangkap akibat kemalangan atau terjerumus dalam sungai.

Anda tersilap jika menganggap cermin kereta mudah dipecahkan dengan apa saja objek keras dalam kereta seperti cincin, duit syiling, kunci kereta atau pengunci stereng. Faktanya, sesetengah objek keras dan kecil seperti cincin, syiling atau kunci kereta sebenarnya langsung tidak mampu memecahkan cermin.

Malah, objek keras dan besar seperti pengunci stereng juga belum tentu memberikan hasil diharapkan. Ini kerana anda memerlukan kekuatan dan jarak hentakan tertentu bagi menghasilkan impak yang boleh memecahkan cermin kereta. Bayangkan situasi anda terperangkap di dalam kereta, apakah ruang dalam kabin cukup untuk anda menghasilkan impak tersebut?

BACA >>> 11 Aksesori Wajib Ada Dalam Kereta Anda, Berserta Infografik

DIREKA UNTUK PECAHKAN CERMIN

Di sinilah penting tukul cermin yang sememangnya direka untuk memecahkan cermin tanpa memerlukan banyak kekuatan. Sila beli sekarang dan simpan di tempat yang mudah diingati seperti dalam laci papan pemuka (glove box) atau laci bawah kerusi penumpang depan (jika ada).

tukul-cermin-serba-guna

Mungkin anda ambil mudah saja sambil  berkata, kalau sudah panik, apa-apa pun tak berguna. Tetapi bukankah menyimpan alat ini lebih baik daripada tidak membuat sebarang persediaan? Lebih malang, jika anda tahu dan sedar apa patut dilakukan (selepas membaca artikel ini), tetapi akhirnya menyedari anda tidak memiliki alat keselamatan tersebut. Bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Tukul cermin seperti ini boleh dibeli di laman web beli-belah atas talian atau anda boleh terus pergi ke mana-mana kedai perkakasan atau aksesori yang mengkhususkan kepada gajet rumah, elektrik dan elektronik. Sesetengah tukul cermin digabungkan dengan ciri lain seperti lampu suluh, lampu amaran bahaya dan pisau kecil.

Jangan tunggu lama, beli sekarang sementara masih ingat! Jom kita video demo:

Related

746
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, tahukah anda, tip automobil, tip keselamatan kereta, tukul cermin, tukul keselamatan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev