HONDA Beat Street ESP secara rasmi dilancarkan ke pasaran Indonesia. Masih lagi di bawah siri produk Beat, skuter berkenaan tampil dengan desain lebih nakal dan penggayaan supermoto.
PERUBAHAN YANG DILAKUKAN
- Perubahan dapat dilihat menerusi grafik gelap dan Honda Beat Street ESP hanya ditawarkan dalam satu warna sahaja. Malah, hendalnya juga bogel tanpa penutup. Mirip motor sport seperti Yamaha X-Ride.
- Bahagian speedometer berubah berbentuk kotak dengan paparan digital sepenuhnya. Latar LCD berwarna oren terang memudahkan penunggang untuk melihat informasi yang disediakan.
- Dilengkapi dengan ciri standard Sistem Brek Combi (CBS) tanpa Sistem Henti Melahu. Tidak ketinggalan, indikator Eco turut ditawarkan.
- Saiz tangki minyak lebih besar sebanyak 10 peratus menjadi 4L.
- Sementara ruang simpanan barang juga meningkat menjadi 11 liter.
- Ciri standard lain termasuk parking kunci brek, secure key shutter dan side stand switch serta tayar tubeless.
- Harga jualan Rp 15.4 juta (RM4,928) seunit.
ENJIN KEKAL
Soal mekanikal masih sama menggunakan enjin 108.2cc SOHC penyejukkan udara bersama teknologi ESP dan PGM-FI (pancitan bahan api). Enjin berkenaan mampu menghasilkan kuasa 8.68 PS pada 7,500 rpm dan tork maksimum 9.01Nm (6,500 rpm). Penghantaran kuasa ke roda belakang ditugaskan kepada transmisi V-Matic (CVT).
Kehadiran Honda Beat Street bakal menjadi menemani model Yamaha X-Ride. Dengan penggayaan supermoto pasti akan menggoda kaum muda untuk bergaya dan tampil berbeza di negara jiran.
Zul says
Kalau di Malaysia kat mana nak beli