• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bosch Clear Advantage - Pengelap Cermin Tahan Lasak & Mampu Milik

Bosch Clear Advantage - Pengelap Cermin Tahan Lasak & Mampu Milik

October 20, 2016 By Admin PanduLaju Leave a Comment

220
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Bosch Clear Advantage

BOSCH Automotive Aftermarket memperkenalkan pengelap bilah rata terbaharunya - Bosch Clear Advantage yang menawarkan prestasi terbaik untuk kereta-kereta di Asia, dalam apa jua keadaan cuaca.

KELEBIHAN PENGELAP CERMIN BOSCH CLEAR ADVANTAGE: 

  1. Teknologi bilah rata Bosch berkenaan menggunakan pegas besi mono dan perumusan getah eksklusif.
  2. Material tersebut  menawarkan tekanan mengelap sekata pada keseluruhan bilah pengelap dan cermin utama. Selain meningkatkan prestasi mengelap dan memastikan pergerakan lebih lancar, bersih dan senyap.
  3. Direka khas untuk iklim tropika di Asia, ia berupaya memberikan tahap prestasi optimum walaupun selepas 200,000 kitaran.
  4. Dilengkapi dengan pemadan klip pantas. Malah, pengelap bilah rata Bosch baharu boleh dipadankan pada 96 peratus kenderaan di rantau Asean.

Bosch Clear AdvantageHARGA

Pengelap Bosch Clear Advantage dijual pada harga RM65 sepasang di Lazada dan kedai-kedai aksesori kereta utama.

Bosch Clear Advantage

KEMPEN KESELAMATAN BOSCH ROVER

Sempena kempen keselamatan ‘Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya’ dan pelancaran Pengelap Bosch Clear Advantage , Bosch Rover akan melakukan siri jelajah ke lebih 90 lokasi di Semenanjung Malaysia.

Kempen berkenaan memfokuskan kepada aspek pemanduan selamat dan  kebarangkalian risiko yang akan berlaku jika mengambil mudah pada aspek kualiti dan ketahanan alat ganti kereta.

Bermula pada Oktober 2016 hingga Januari 2017, Bosch Rover akan berada di pusat-pusat perniagaan, pasaraya besar, syarikat-syarikat media dan stesen petrol. Para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif seperti cabutan bertuah, peraduan serta mendapatkan beberapa produk automotif Bosch terpilih pada harga promosi.

Pengunjung yang membuat pembelian melebihi RM70 boleh menyertai peraduan ‘Spin & Win’. Selain itu, pengunjung boleh menyertai peraduan Kapsyen Gambar Facebook atau ‘Time Challenge’ yang menilai sepantas mana seseorang boleh mengeluar dan memasang satu set pengelap cermin kenderaan. Para pemenang akan memenangi sepasang Pengelap Clear Advantage Bosch baru.

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi Bosch Rover,  layari laman: www.startwithbosch.com/my.

Related

220
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bosch Automotive Aftermarket, Bosch Clear Advantage, pengelap cermin, wiper bosch

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev