• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Iklan Kempen Keselamatan Lucu, Pahlawan Viking Pun Reti Pakai Helmet

Iklan Kempen Keselamatan Lucu, Pahlawan Viking Pun Reti Pakai Helmet

June 18, 2021 By Shawkath Leave a Comment

347
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BUDAYA memakai helmet atau topi keledar masih dipandang ringan ramai penunggang Malaysia dan situasi tersebut dapat dilihat setiap hari. Bukan saja kalangan penunggang luar bandar, di bandar pun apa kurangnya.

Tidak memakai helmet juga dianggap masalah global kerana masih berlaku di negara maju. Keadaan membimbangkan itu membuatkan pihak berkuasa terpaksa melakuykan pendekatan berbeza dalam usaha menyemai kesedaran memakai helmet.

Contoh terbaik ialah klip video di atas yang diusahakan Majlis Keselamatan Jalan Raya Danish di Denmark.

BACA >>> #Videotomotif: Kucing Pun Reti Pakai Topi Keledar Naik Motosikal

Video kempen keselamatan berunsur komedi itu cuba mengingatkan orang ramai betapa kumpulan pahlawan paling digeruni, Viking pun memakai helmet.

Berlatarkan Denmark pada 893, ketua Viking, Svend sedang duduk di atas kuda sambil mengarahkan pengikutnya menaiki kapal untuk berlayar ke England untuk melakukan misi perang.

Semasa memberi taklimat kepada pengikutnya, anak Svend tiba-tiba muncul berlari ke arahnya sambil membawa topi keledar tempur dan meminta supaya pakai.

Svend menepis topi keledar perang itu, tetapi orang kanannya, Hjalmar pula menggesa beliau pakai sebelum berangkat ke England. Svend kemudian memberikan alasan tidak mahu pakai topi keledar itu seperti kepala rasa gatal dan rambut rosak. Bagaimanapun, beliau akhirnya setuju selepas diminta seorang wanita sedang mengendong bayi, dipercayai isterinya.

Menarik juga mesej kempen yang mahu disampaikan mengenai komuniti purba pun tahu kepentingan melindungi kepala dan tiada kena mengena dengan faktor kecekapan. Ingat, jangan tunggang motosikal tanpa helmet, beringatlah sebelum kena.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tip Memilih Helmet yang Betul?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Visor Iridium Pada Helmet?
BACA >>> Kajian: 5 Situasi Atas Jalan yang Kerap Buat Penunggang Motosikal Kemalangan
BACA >>> Marsyal Konvoi Tiada Kuasa Kawal Trafik, Boleh Kena Tindakan Undang-Undang

SUMBER: MotoPinas

Related

347
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: helmet, kempen keselamatan topi keledar, topi keledar, viking helmet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
    Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev