• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Tiada Pemetik Api? Beli Saja McLaren MP4-12C untuk Cucuh Rokok Anda

#Videotomotif: Tiada Pemetik Api? Beli Saja McLaren MP4-12C untuk Cucuh Rokok Anda

October 17, 2016 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

mclaren-mp4-12c-cucuh-rokok
MCLAREN MP4-12C pada harga suku juta dolar (lebih RM1 juta) sebenarnya dibikin sebagai alternatif dan pesaing kepada Ferrari 458 Italia. Jadi, semestinya ia supercar biasa-biasa dengan enjin V8 pengecajturbo yang mampu meledakkan kuasa mencecah hampir 600hp. Malah, mampu memecut 0-100kmj dalam masa 3 saat!

Jika anda peminat automotif, anda mungkin sudah biasa dengan spesifikasi tersebut. Tetapi tahukah anda McLaren MP4-12C standard boleh menyalakan api keluar daripada paip ekzos? Mungkin anda sudah tahu. Tetapi, tahukah anda, api ekzos itu boleh digunakan untuk menyalakan rokok? Hah, tak tahukan? Tak sangkakan?

Mencucuh rokok daripada paip ekzos semestinya tiada dalam senarai ujian pembangunan kereta tersebut, tetapi sekumpulan pemilik McLaren MP4-12C (dipercayai di Switzerland) melakukan kerja gila dengan meligatkan (rev) enjin hingga mengeluarkan api sebelum beberapa orang pemilik kereta lain cuba mencucuh rokok mereka.

Melihat rakaman video di bawah, nampaknya setiap pemilik masih selamat menyalakan rokok masing-masing dan tiada yang terbakar bulu mata atau baju. Tetapi apa yang pasti, rokok itu semestinya sudah tercemar dengan lebihan karbon monoksida daripada asap kereta.

Pengajarannya, jika anda malas beli pemetik api yang berharga kurang dua ringgit, mungkin anda boleh berkira-kira mendapatkan McLaren MP4-12C untuk menyalakan rokok anda. 😛

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, cucuh rokok guna ekzos, McLaren, McLaren MP4-12C, Supercar, video, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev