• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Kit Aero Gaya MotoGP untuk Yamaha R15 V3, Siap Winglet!

Kit Aero Gaya MotoGP untuk Yamaha R15 V3, Siap Winglet!

June 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

955
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FIRMA pengeluar aksesori motosikal India, Autologue Design membuka tempahan pakej kit aero khas aftermarket untuk menukar penampilan Yamaha R15 V3 supaya lebih sporty seakan jentera lumba YZR-M1 milik Valentino Rossi.

Pakej Kit Aero itu terdiri daripada winglet gaya MotoGP dan penutup tangki minyak aerodinamik. Menariknya, pembeli yang membuat tempahan awal secara atas talian (online) akan diberikan diskaun.

BACA >>> Inilah Sebab Yamaha Tidak Protes Winglet Swingarm Ducati, Rossi Pun Minta Pasang!
BACA >>> Ducati Panigale V4 dan V4 S Versi 2020 Kini dengan Ciri Aero dan Winglet

Berikut komponen dan harga ditawarkan:

Winglet Gaya MotoGP

Dipasangkan pada fairing sisi, rendah sedikit dari posisi lampu utama LED. Saiz winglet tidaklah besar seperti saiz jentera MotoGP.

  • Harga tempahan awal: 1,800 rupee (RM101)
  • Harga jualan: 2,250 rupee (RM126)
Penutup Tangki Minyak

Cuma aksesori yang dipasangkan atas tangki sedia ada dan bukan unit khas. Aksesori ini membuatkan bahagian tengah tangki nampak lebih maskulin.

  • Harga tempahan awal: 3,600 rupee (RM201)
  • Harga jualan: 4,500 rupee (RM252)

Pelanggan online perlu buat bayaran pendahuluan 2,000 rupee (RM112) dan baki perlu dijelaskan apabila kit tempahan siap dikirim. Pembeli juga perlu menanggung semua kos penghantaran dan cukai import, manakala tempoh menunggu 3-4 minggu.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Teknologi Klac Assist & Slipper (A&S) yang Perlu Anda Tahu

Tiada data rasmi didedahkan mengenai efek aerodinamik terhadap penjimatan petrol atau kestabilan ketika memecut. Apa yang bagus, setiap pemasangan juga tidak memerlukan modifikasi khas, cuma menggunakan skru. Autologue Design juga menawarkan aksesori lain untuk R15 V3 iaitu:

  • Visor angin gaya bubble - 1,750 rupee (RM98)
  • Grip tangki minyak - 1,000 rupee (RM56)
  • Kowl pelana belakang - 2,250 rupee (RM126)

BACA >>> 10 Rekabentuk Rim Sport Aftermarket Paling Ikonik
BACA >>> #ApaNakBuat: Ikut 5 Tip Ini Kalau Nak Jaga Tayar Motosikal
BACA >>> Italdesign Patenkan Teknologi Tali Keledar untuk Motosikal

SUMBER: BikeDekho

Related

955
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Aksesori Yamaha R15 V3, Autologue Design, Yamaha R15 V3, Yamaha R15 V3 Aero Kit

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev