• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / PANDU UJI: Nissan Teana 2.0XL (2014)

PANDU UJI: Nissan Teana 2.0XL (2014)

September 2, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

P1220033BERBANDING model terdahulu, Nissan Teana generasi ketiga yang saya pandu uji kali ini agak berbeza dari segi penampilan dan rekabentuk. Ya, saya dapati ada banyak perbezaan cuba disampaikan seperti mana yang dikehendaki pengguna masa kini.

Seperti biasa sebaik mendapat kunci, saya akan lihat dan sentuh keseluruhan sosok tubuh si 'bagak' ini. Apa yang boleh saya simpulkan, Teana versi terdahulu yang tampak agak panjang dan gemuk kini sudah berubah.

LUARAN: Bukan Lagi Kereta Orang Tua

Teana serba baharu ini dilihat mengambil pendekatan berbeza. Persepsi orang ramai sebelum ini yang menganggap Teana sebagai kereta ‘orang tua’ mungkin sudah tidak boleh diguna pakai lagi memandangkan ia kini hadir dengan penampilan berbeza.

Bagi saya, penampilan Teana sebelum ini yang tampak agak bosan kini sudah menerima penambahbaikan yang lebih jauh menarik. Penampilan baharu yang lebih aerodinamik menyerlahkan sebagai sebuah sedan premium dan berkualiti.

P1220030P1220068  P1220069  P1220053  P1220052P1220043Garis karakter yang beralun dan tajam dari arah hadapan ke belakang mencetuskan aliran momentum dan mengurangkan daya pekali seretan. Walaupun masih tampak gemuk terutama pada bonet, bahagian depan tetap nampak kemas dengan kehadiran rekaan gril depan terbaru yang lebih lebar.

Teana turut dipadankan dengan pasangan lampu utama Xenon bersama lensa projektor untuk memberi pencahayaan lebih terang kepada pemandu bila memandu pada waktu malam.

DALAMAN: Terima Penambaikan

Sudah 11 tahun di pasaran automotif, ruang dalaman Teana kini diberi nafas baru dengan pelbagai penambahan. Satu persatu perbezaan dan pertambahan baru yang dipertaruhkan pada model terbaru ini agar terus relevan di pasaran.

Memposisikan dirinya dalam segmen D, sudah tentu ruangan kabin adalah lebih luas dan selesa. Berbanding versi sebelumnya, terdapat penambahbaikan ketara pada ruang kaki penumpang belakang.

P1220085P1220090    P1220083P1220082Sama seperti menaiki penerbangan kelas pertama, Nissan Teana serba baharu dilengkapi rekaan tempat duduk “Berinspirasikan kepada Sifar Graviti” yang membantu mengurangkan beban pada otot dan tulang belakang.

Ia mampu mengurangkan keletihan jika memandu dalam tempoh yang lama. Pada masa sama memastikan pengalaman pemanduan yang selesa sepanjang perjalanan yang jauh.

Begitu juga dengan kerusi belakang. Walaupun dibina untuk tiga penumpang, tetapi lebih bergaya jika hanya membawa dua penumpang dan diturunkan tempat rehat tangan di  bahagian tengah. Barulah macam ‘bos’. Tetapi, ruang rehat tangan agak rendah.

P1220105  P1220102  P1220056  P1220071Selain itu, bunyi bising turut dikurangkan secara signifikan. Ia dipadankan material yang menyerap bunyi bising, meredam getaran dan kekasaran (NVH). Ya, saya dapat mengesahkan fakta ini. Walaupun dipandu pada kelajuan 120kmj, kedapan angin nyata tidak begitu kedengaran jika dibandingkan dengan versi terdahulu.

Antara ciri lain disematkan adalah Kawalan Suhu Automatik Dua Zon dengan corong pendingin hawa di belakang, Kunci Pintar (sistem kemasukan tanpa kunci) dan butang penghidup enjin.

PRESTASI: Lancar

Sedia maklum, model generasi ketiga yang dipasang sepenuhnya (CKD) di kilang Tan Chong Motor Assemblies (TCMA), Serendah, Selangor itu hadir dalam tiga varian - 2.5XV, 2.0XL dan 2.0XE. Bagi unit pandu uji kali ini, saya diberikan varian 2.0XL.

P1220078Menyentuh aspek prestasi, varian 2.0L masih mengekalkan enjin sedia ada iaitu MR20DE dengan menawarkan kuasa maksimum sebanyak 134hp@5,600rpm dan tork 190Nm (4,400rpm).  Berlainan pula varian 2.5XV, ia menerima 'jantung' QR25DE baharu dibangunkan, kuasa tork pada julat rendah dan sederhana ditambahbaik dengan kebuk pembakaran serta emisi lebih efisien. Walau bagaimana, saya masih belum berkesempatan pandu ujinya.

Sepanjang mengemudi jentera ini, enjin bergerak lancar tanpa sebarang masalah termasuk penggunaan mod sport. Cuma, saya merasakan penukaran gear agak lambat dan hilang kuasa terutamanya mahu memotong kenderaan lain. Mudah kata, ia perlu lebih bekerja keras jika mahu memotong kenderaan mahupun ketika mendaki bukit.

Teana hadir dengan rangkaian ciri kemudahan dan keselamatan inovatif membabitkan enam beg udara SRS, Bantuan Mula Daki (HSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dengan Bantuan Brek (BA), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).

P1220124KESIMPULAN

Dijual pada harga RM149,800, ia menawarkan lima pilihan warna menarik:- Storm Blue(biru), Tungsten Silver(perak), Diamond Black (hitam), Bronze Gold (emas) dan Brilliant White (putih).

Secara kesimpulan, walaupun rekabentuk luaran Teana tidaklah sehebat pesaingnya lain, pujian harus diberikan kerana berjaya menukar persepsi yang menganggap Teana sebagai kereta ‘orang tua’ sudah tidak boleh diguna pakai lagi. Apa sekalipun, anda boleh menilai sendiri dengan mengunjungi bilik pameran Nissan berdekatan anda.

Jika bertanya kepada saya, sejujurnya saya merasakan Nissan perlu bertindak lebih agresif lagi supaya menghasilkan rekabentuk yang lebih ummphh!!! Cuba bandingkan dengan pesaingnya, anda mungkin boleh memahami maksud yang cuba saya sampaikan. - Gan Yong Li

 

P1220028SPESIFIKASI

NISSAN TEANA 2.0XL

ENJIN 2.0L MR20DE
TRANSMISI XTRONIC CVT
KUASA MAKSIMUM 134hp@5,600rpm
TORK MAKSIMUM 190Nm@4,400rpm
RODA 215/60 R16
HARGA RM149,800

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: Edaran Tan Chong Motor, ETCM, Nissan Teana 2.0XL, Nissan Teana Generasi Ketiga, Pandu uji Nissan Teana, Tan Chong Motor Assemblies (TCMA), Teana CKD

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev