• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CB150 Verza (2021) Facelift Lancar di Indonesia, Harga Mula RM5.8k!

Honda CB150 Verza (2021) Facelift Lancar di Indonesia, Harga Mula RM5.8k!

June 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

280
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ASTRA Honda Motor (AHM) melancarkan streetbike CB150 Verza (2021) versi dipertingkat (facelift) dengan menawarkan warna dan grafik baharu buat peminat dua roda di Indonesia.

Sportbike gaya neo klasik itu didatangkan dalam dua varian, rim sport dan rim jejari biasa yang masing-masing berharga atas jalan 20,945,000 rupiah (RM6,060) dan 20,290,000 rupiah (RM5,870).

Berikut perincian CB150 Verza (2021):

BACA >>> Jualan Motosikal Jepun Merosot, Kapcai 50cc Dijangka Pupus

  • Ada tiga pilihan warna baharu: Macho Matte Black (hitam kusam) dan Bold Red (merah) untuk rim sport dan Masculine Black (hitam) untuk rim jejari.
  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 150cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 12.8hp @ 8,500rpm dan tork 12.7Nm @ 6,000rpm. Transmisi digunakan jenis klac manual 5-kelajuan. Enjin itu mematuhi standard piawaian Euro 3.

BACA >>> Naik Kelas 250cc, Pilih Enjin 1-Silinder atau 2-Silinder? Apa yang Berbeza?

  • Rekabentuk baharu datang dengan grafik khas pada pelapik tangki minyak untuk menguatkan identiti neo klasik. Lampu utama jenis bulat dengan multireflektor, manakala perumah lampu belakang jenis smoked.
  • Menggunakan instrumen digital moden dan bar hendal serta peg kaki membantu memposisikan badan penunggang agar sesuai digunakan untuk tunggangan harian tanpa menjejaskan aspek keselesaan.
  • Sistem suspensi membabitkan fork teleskopik pada bahagian depan dan absober berkembar boleh laras pada bahagian belakang.
  • Sistem henti membabitkan brek cakera pada roda depan dan jenis dram untuk roda belakang. Berat motosikal versi rim sukan ialah 129kg berbeza cuma 1kg berbanding varian rim jejari (128kg). Ketinggian pelana ialah 773mm.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?
BACA >>> #RetroAuto: Cerita Menakjubkan di Sebalik Kotak Gear F1 McLaren
BACA >>> Honda C70 Jadi Motor Panas Indonesia
BACA >>> Kilang Tutup, Beg Udara Mahal Punca Kes Curi Stereng Meningkat di AS

SUMBER: Iwanbanaran | Honda Indonesia

Related

280
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: AHM, CB150 Verza (2021), Honda CB150 Verza (2021), Honda Indonesia, roda2, sportbike, streetbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my