• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki GSX-S1000T Akan Ganti S1000F Sebagai Super Touring?

Suzuki GSX-S1000T Akan Ganti S1000F Sebagai Super Touring?

June 15, 2021 By Shawkath Leave a Comment

256
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS Suzuki memperkenalkan hypernaked transformasi baharu GSX-S1000 beberapa minggu lalu, rata-rata peminat dua roda meramalkan pengeluar dari Jepun itu akan mengambil langkah sama untuk model touring, GSX-S1000F.

Ramalan itu nyata tepat, tetapi nampaknya lebih besar kerana muncul dokumen mendedahkan Suzuki akan menggantikan GSX-S1000F dengan GSX-S1000T yang lebih bermotifkan touring.

BACA >>> Suzuki GSX-S1000 (2021) Lancar untuk Pasaran Global, Harga RM62.5k!

 

Bagaimanapun, tiada gambar GSX-S1000T disertakan bersama dokumen tersebut, tetapi maklumat dibekalkan menunjukkan model touring itu menggunakan unit mekanikal sama seperti GSX-S1000 (2021) (foto atas).

Berikut maklumat didedahkan setakat ini mengenai GSX-S1000T:

  • Trenkuasa patuh emisi Euro5 yang dikongsi kedua-dua model itu ialah enjin 4-silinder sebaris 999cc DOHC dengan teknologi suntikan bahan api (FI) dan dipadankan beberapa komponen baharu seperti kotak udara, spring injap, aci sesondol dan badan terotel.
  • Output kuasa S1000 dan S1000T sama iaitu 150hp @ 11,000rpm dan tork 106Nm pada 9,250rpm. Sistem kotak gear jenis klac manual 6-kelajuan.
  • Frem motosikal sama seperti GSX-S1000 dan begitu juga jarak roda sama (1,460mm). Ini termasuk berkongsi komponen sama seperti fork terbalik (USD) dan set brek Brembo.
  • Saiz tayar 120/70ZR17 (depan) dan 190/50ZR17 (belakang).
  • Perbezaan dikesan rekabentuk badan lebih tinggi berbanding versi naked 2021 kerana menggunakan fairing baharu dan ada tambahan opsyen visor angin.
  • Lebih lebar 825mm, panjang 2,140mm dan ada tambahan berat 12kg berbanding versi naked. Ini menunjukkan S1000T mungkin menggunakan pelana baharu dan ada set kotak bagasi sendiri.

Setakat ini, belum ada butiran lanjut bilakah model GSX-S1000T akan dilancarkan, tetapi kemasukan unit itu ke pasaran dijangka akhir tahun ini.

BACA >>> #Spyshot: Suzuki Raider Dikesan Jalani Ujian di Malaysia?
BACA >>> Suzuki GSX-S1000 Web Edition (2022) Ini Cuma Ada 5 Unit Seluruh Dunia, Harga RM71k!
BACA >>> 3 Sebab Kenapa Tunggang Kapcai di Lorong Kiri, dan Had Laju 70kmj Tidak Praktikal?
BACA >>> Jangan Sembarangan Ganti Cermin Sisi Motosikal Hanya untuk Cantik
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah 4 Fungsi Madgad Motosikal Selain Elak Kotoran Jalan?

SUMBER: BikeSocial

Related

256
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: roda2, Suzuki, Suzuki GSX 2022, Suzuki GSX-S1000 Touring, Suzuki GSX-S1000T (2021), touring bike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev