MOSCOW menawarkan kereta sebagai hadiah cabutan bertuah kepada warga kota yang sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dalam usaha mencepatkan kadar imuniti berkelompok di bandar raya tersebut.
Perkara itu diumumkan sendiri Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, Ahad lalu yang mana pada hari sama ibu kota itu mencatatkan 7,704 kes jangkitan baharu, iaitu rekod tertinggi sejak 24 Disember 2020, daripada 14,723 kes seluruh Rusia.
Angka tersebut juga kes harian tertinggi sejak 13 Februari lalu.
BACA >>> Negeri Kadunia di Nigeria Akan Guna Dron untuk Hantar Vaksin Covid-19
BACA >>> Covid-19: Pekerja India Mogok Desak Renault, Nissan dan Hyundai Tutup Kilang
Sobyanin berkata, penduduk berusia 18 tahun ke atas dan sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 bermula 14 Jun hingga 11 Julai layak secara automatik dalam cabutan bertuah tersebut.
Sebanyak lima unit kereta bernilai 1 juta rouble (RM57,140) setiap satu akan diberikan kepada pemenang bertuah setiap minggu.
Beliau turut meluahkan kekesalannya kerana sangat sedikit penduduk Moscow mahu mendapatkan vaksin. Pada 21 Mei lalu, hanya 1.3 juta daripada 12 juta penduduk yang sudah menerima dos pertama.
Pada Sabtu lalu, Moscow memperuntukkan ribuan katil hospital disebabkan peningkatan pesakit Covid-19 dan terpaksa mengarahkan penduduk supaya tidak bekerja sepanjang minggu ini bagi membendung penularan wabak tersebut.
Malah, pihak berkuasa turut menutup ruang sosial seperti padang, taman permainan dan kawasan tarikan lain selama seminggu, manakala bar dan restoran tidak dibenarkan beroperasi lebih 11 malam.
BACA >>> Setahun Terpisah dengan Kereta Sebab Tak Boleh Rentas Sempadan
BACA >>> Kes Covid-19 Masih Belum Turun, MotoGP Sepang Mungkin Batal?
SUMBER: Autoblog.com
Leave a Reply