FERRARI baru saja mengumumkan pelantikan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) baharu, Benedetto Vigna untuk mengambil tempat pengurus sementara, Pengerusi John Elkann.
Elkann memegang jawatan itu buat sementara waktu selepas penyandang asal, Louis C Camilleri meletakkan jawatan Disember lalu.
BACA >>> Ferrari Hibrid Pertama, SF90 Stradale Kini di Malaysia, Harga RM1.9 Juta
Vigna datang dari latar belakang teknologi dan pernah memegang jawatan tertinggi di salah satu syarikat teknologi terbesar Eropah, ST Electronics.
Jabatan dipegang Vigna itu adalah terbesar dan paling menguntungkan serta berkait rapat dengan teknologi digunakan pada kereta moden, terutama era digital dan elektrifikasi.
Keputusan Ferrari melantik tokoh dunia teknologi berbanding automotif untuk mengetuai syarikat itu menunjukkan keterbukaan pengeluar Itali tersebut terhadap aplikasi teknologi baharu. Situasi itu sangat tepat memandangkan banyak pengeluar masa kini perlu segera berinovasi dan mematuhi regulasi emisi yang semakin ketat.
Model baharu, SF90 dengan enjin hibrid plug-in (PHEV), kenderaan utiliti sukan (SUV), Purosangue dan kereta elektrik penuh yang akan keluar tidak lama lagi adalah isyarat kesediaan Ferrari menuju pemodenan dan beralih daripada kereta konvensional.
Ini perubahan drastik memandangkan barisan model ditawarkan diubah buat kali pertama sejak 1990-an. Pelantikan CEO baharu itu turut menandakan lebih banyak perubahan radikal akan dilakukan Ferrari pada masa akan datang.
BACA >>> #Spyshot: Ferrari Pandu Uji SUV Pertama?
BACA >>> NAZA Italia Lancar Model Hibrid Ferrari SF90 Spider, Harga RM2j!
SUMBER: Evo.co.uk
Leave a Reply